VOLGOGRAD | WARMTH FOR HOMELESS

0 comments
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah ala kulli hal. Pada 25 Oktober 2015, pihak Azam Russia Volgograd telah menganjurkan satu program amal iaitu 'Warmth for Homeless' yang terbuka kepada semua mahasiswa di Volgograd.

Program ini mensasarkan golongan gelandangan di sekitar Volgograd dengan tujuan membuka peluang kepada mahasiswa perubatan di Volgograd untuk merasai pengalaman dalam menyantuni masyarakat gelandangan dan seterusnya mewujudkan suasana positif dalam membentuk mahasiswa yang berilmu, mapan, cekal, bertaqwa, dan progresif.

Objektif lain ialah membentuk mahasiswa untuk membangunkan pembangunan insaniah dalam diri, mewujudkan rasa simpati dan empati dalam diri mahasiswa sebagai persediaan melahirkan generasi pelapis negara yang cakna terhadap masalah yang dihadapi masyarakat.

Pelbagai bantuan dalam berbagai bentuk telah diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan. Dengan wujudnya interaksi antara mahasiswa dan golongan gelandangan ini, inshaAllah akan timbulnya kesedaran untuk melihat golongan seperti ini sebagai satu anugerah Allah kepada masyarakat untuk kita ambil peduli.

Dan menunjukkan betapa cintanya Allah kepada kita dengan menciptakan mereka dan cintanya Allah kepada mereka dengan ciptakan kita.

Poster Warmth For Homeless

AJK dan juga para peserta

Add caption





Post a Comment