FRIDAY WRAP 15/5/2015

0 comments


Assalamualaikum wbt para pembaca. Minggu ini AZAM RUSSIA membawakan berita-berita terbaru dari seluruh dunia.



Cameron kekal Perdana Menteri Britain 
JUMAAT, 8 MEI 2015 : Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri David Cameron menang pilihan raya Britain, hari ini dan akan mentadbir negara itu untuk tempoh lima tahun lagi. Setakat ini, Konservatif sudah memenangi 331 kerusi selepas keputusan 643 daripada 650 kerusi diumumkan, manakala pesaing terdekat, Parti Buruh memperoleh 232 kerusi. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/53707



Pemberontak Yaman terima cadangan gencatan senjata Arab Saudi


AHAD, 10 MEI 2015 : MENTERI Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir. - Foto AP SENAA: Tentera Yaman yang membantu kumpulan pemberontak Huthi hari ini menyatakan menerima cadangan Arab Saudi untuk gencatan senjata minggu depan. Arab Saudi sebelum ini mengumumkan gencatan senjata atas dasar kemanusiaan di Yaman mulai Selasa depan. Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, selepas mesyuarat menteri negara Teluk di Paris memutuskan gencatan senjata itu akan berkuatkuasa mulai jam 11 malam Selasa ini selama lima hari dan mungkin dilanjutkan bergantung kepada keadaan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengingatkan tentera bersekutu bahawa sekatan laluan untuk penghantaran makanan dan bahan api menjejaskan usaha penyaluran bantuan, sekali gus mengancam nyawa ribuan kanak-kanak Yaman. "Gencatan senjata ini akan ditamatkan jika Huthi dan sekutunya tidak berpegang kepada persetujuan yang dicapai...inilah masanya Huthi membuktikan mereka mengambil berat hal ehwal masyarakat dan warga Yaman keseluruhannya," kata Jubeir dalam sidang medianya sebelum ini. -AFP.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54043



Fenomena El Nino capai kemuncak tahun ini


SELASA, 12 MEI 2015 : Biro Ramalan Cuaca Australia hari ini memberi amaran fenomena El Nino, yang boleh mencetuskan suhu melampau membawa maut, akan mencapai kemuncaknya tahun ini selepas bermula di Pasifik. El Nino dikaitkan dengan kemarau di Australia dan berlaku apabila pertukaran angin yang berlegar di perairan Pasifik mula lemah dan suhu permukaan laut meningkat. I adalah kemunculan pertama sistem cuaca itu dalam masa lima tahun. El Nino dijangka bermula pada 2014 dan pegawai berkata ia 'hampir terlepas' tetapi kini melanda Pasifik buat kali pertama sejak Mac 2010. Di Australia, El Nino dikaitkan dengan hujan di bawah paras purata dan suhu lebih panas di kebanyakan kawasan di negara itu dan risiko tinggi kebakaran hutan, terutama di bahagian negara itu yang sudah mengalami kemarau. Ia juga dijangka menyebabkan keadaan lebih kering di Papua New Guinea, Indonesia dan sebahagian Asia Tenggara, dan hujan lebat di timur Pasifik dan negara Amerika Selatan, meningkatkan kemungkinan banjir dan tanah runtuh. Fenomena itu mencetuskan kekecohan kepada petani dan pasaran pertanian antarabangsa. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54453



Australia akan tambah AUS$79.6j cari MH370

SELASA, 12 MEI 2015 CANBERRA: Australia akan menyumbang dana tambahan AUS$79.6 juta (RM222 juta) dalam tempoh dua tahun akan datang untuk mencari pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) jika masih belum ditemui dalam fasa pencarian sekarang. Pencarian pesawat itu yang sudah melangkaui kawasan seluas 60,000 kilometer persegi kini ditumpukan kepada suatu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi dan dijadualkan berakhir hujung bulan ini. Tiada sebarang cebisan ditemui daripada pesawat itu yang membawa 239 orang apabila ia hilang pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54442



Thailand timbang buka pusat bagi Rohingya

SELASA, 12 MEI 2015 : BANGKOK: Thailand akan berbincang dengan jirannya dan pertubuhan antarabangsa berhubung kemungkinan menubuhkan pusat bagi masyarakat Rohingya yang diselamatkan daripada kegiatan pemerdagangan manusia. Perkara itu perlu dibincang dengan negara jiran terbabit dan pertubuhan antarabangsa, kata Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha. "Ia adalah mengenai keselamatan, tetapi pada waktu yang sama, kami juga perlu melihat kepada isu kemanusiaan. Oleh itu, kami perlu berbincang dengan negara jiran dan pertubuhan antarabangsa mengenai cara untuk menyelesaikan masalah ini," katanya menjawab soalan pemberita sama ada Thailand akan menubuhkan sebuah pusat bagi anggota masyarakat Rohingya yang diselamatkan di selatan Thailand. Prayuth berkata beliau menganggap pemerdagangan manusia membabitkan masyarakat Rohingya sebagai jenayah merentas sempadan dan oleh itu, pertubuhan antarabangsa perlu terbabit sama. Para pegawai Kementerian Luar Thailand sedang berbincang untuk menyelesaikan isu itu di peringkat ASEAN, walaupun Thailand sendiri perlu menangani masalah mengenainya di peringkat dalam negeri, katanya. Katanya, agensi antarabangsa sudah menghubungi Thailand mengenai usaha menyelesaikan masalah pemerdagangan manusia dengan secepat mungkin berdasarkan undang-undang antarabangsa. Kol Sansern Kaewkamnerd, timbalan jurucakap kerajaan, berkata Kementerian Luar ditugaskan mengkaji sama ada masalah Rohingya boleh dibincang secara dua hala atau pelbagai hala dalam ASEAN kerana isu itu belum pernah dikemukakan untuk perbincangan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54433


Bahar: Para pejuang Palestin terdiri daripada 100,000 orang untuk menghalau rejim Israel



SELASA,, 12 MEI 2015 : Pejuang Palestin terdiri daripada 100,000 orang pejuang bersenjata untuk membebaskan wilayah Palestin yang dijajah, kata Timbalan Jurucakap Jawatankuasa Perundangan Palestin (PLC), Dr. Ahmed Bahar, pada petang Selasa.

Berucap kepada hadirin ketika perayaan yang dianjurkan Bahagian Pelarian Hamas untuk menandakan ulangtahun Nakba, Bahar berkata yang para pejuang Palestin tidak akan berhenti sehingga setiap tentera rejim dihalau dari setiap inci Palestin. Beliau menyeru semua bahagian pejuang Palestin di Tebing Barat dan Gaza agar terus berjuang bagi Baitulmuqaddis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Polis dituduh bunuh penunjuk perasaan



El-Sabbagh ditembak pada jarak dekat pada demonstrasi Januari lalu.
SELASA, 12 MEI 2015 KAHERAH - MESIR. Hakim Mesir mengarahkan penahanan seorang anggota polis berhubung kematian penunjuk perasaan wanita Januari lalu yang mengambil bahagian dalam demonstrasi aman di pusat bandar Kaherah.

Yassin Hatem Salahedeen, 24, dituduh membunuh Shaimaa el-Sabbagh, 32, yang mempunyai seorang anak lelaki.

Difahamkan, anggota polis berpangkat leftenan itu telah dibebaskan dengan ikat jamin, namun Hakim Mustafa Hassan Abdullah mengarahkan penahanan semula di pembukaan pendengaran perbicaraan kes tersebut.

Sebelum ini, sebuah video menunjukkan el-Sabbagh berlumuran darah di bahagian kepala, dada dan belakang badan tersebar luas di media sosial selepas seorang anggota polis bertopeng menembak wanita itu dari jarak dekat. - Al Jazeera



Pemerdagangan manusia: Lagi ahli politik ditahan



Polis Thailand membersihkan kem pemerdagangan manusia di sebuah hutan di Songkhla


SELASA 12 MEI 2015 BANGKOK - THAILAND. Polis menahan seorang ahli politik di selatan Thailand yang didakwa terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia.

Akhbar Thai Rath melaporkan, lelaki berkenaan ditahan pada Ahad di wilayah Satun.

Suspek ditahan susulan penemuan lebih 30 mayat dipercayai etnik Rohingya di kawasan sebuah kem rahsia di Wilayah Songkhla, awal bulan ini.

Sementara itu, dua suspek yang dikehendaki dan ada kaitan dengan sindiket berkenaan menyerah diri kepada polis, Sabtu lalu.

Polis Thailand setakat ini menahan 15 individu, termasuk beberapa anggota polis dan pegawai kerajaan yang bersekongkol dengan penyeludup.

48 maut, kerosakan semakin buruk gempa terbaharu di Nepal KATHMANDU

RABU, 13 MEI 2015: Pihak berkuasa Nepal mengeluarkan angka kematian akibat gempa bumi terbaharu yang melanda semalam kini sudah meragut 48 nyawa manakala lebih 1,100 lagi cedera. Dilaporkan 17 kematian turut membabitkan rakyat di negara yang bersempadan dengan Nepal iaitu utara India. Gempa terbaharu berukuran 7.3 magnitud itu melanda jam 12.35 tengah hari waktu tempatan berpusat di 76 kilometer di timur Kathmandu, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) selepas gempa 7.8 magnitud pada 25 April lalu yang mengorbankan lebih 8,000 orang. Gegaran gempa bumi semalam turut dirasai jarak sejauh New Delhi menyebabkan bangunan runtuh di Tibet, di sempadan China dan mengorbankan sekurang-kurangnya seorang penduduk.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54545




Presiden PAS dicabar, kali pertama selepas 12 tahun KUALA LUMPUR

KHAMIS, 14 MEI 2015 @ 11:34 AM: Bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang, sebentar tadi menyerahkan borang penerimaan pencalonan bagi mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan Presiden. Keputusan Ahmad itu menyaksikan Abdul Hadi dicabar buat pertama kali selepas 12 tahun memegang jawatan nombor satu parti itu. Ahmad berkata, beliau menerima pencalonan itu kerana mahu memperkasakan parti, sekali gus membuktikan PAS adalah parti demokratik.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54739



Arab Saudi ingkar gencatan senjata

 Beberapa penduduk melihat kesan bedilan serangan udara yang dilancarkan Saudi untuk menentang pemberontak Houthi. - Foto AFP

KHAMIS 14 MEI 2015 SANAA - YAMAN . Kerajaan Arab Saudi didakwa melanggar perjanjian gencatan senjata beberapa minit selepas ia berkuat kuasa, apabila bertindak melancarkan serangan udara yang meragut 48 nyawa.
Jet pejuang Saudi membedil empat kawasan di wilayah barat daya Lahij, timur Hajjah dan barat laut Sa’ada, kelmarin.
Gencatan senjata selama lima hari itu berkuat kuasa pada jam 11 malam (waktu tempatan), kelmarin, dan telah dicadangkan Menteri Luar Arab, Adel al-Jubeir pada minggu lalu.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud"

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin. ia akan ditanya tentang rakyatnya, seorang lelaki pemimpin pada ahlinya dan ia akan ditanya tentang rakyatnya, seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya dan ia ditanya tentang rakyatnya, dan khadam itu menjadi pemimpin urusan harta tuannya dan ia akan ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan ia ditanya tentang rakyatnya, maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya."


Post a Comment