Resepi “Egg Muffin”

0 comments
Assalamualaikum wbt.
picture credit to: http://www.bloglovin.com/


Bahan-bahan
6-8 biji telur (mengikut saiz)
¼ cawan susu
⅓ cawan keju (atau boleh gunakan kepingan keju)
½ cawan hirisan ayam atau salmon yang telah dimasak dahulu
½ cawan bawang merah dipotong dadu kecil
½ cawan daun bawang dihiris
½ cawan lada capsicum dipotong dadu (*optional)
½ cawan cendawan dipotong dadu kecil (*optional)
sedikit garam dan serbuk lada hitam untuk perasa


Cara-cara memasak :
  1. Panaskan oven 170 darjah Celcius.
  2. Alaskan mangkuk muffin dengan kertas atau butter sahaja.
  3. Campurkan semua bahan-bahan dan masukkan garam dan serbuk ada hitam mengikut cita rasa masing-masing.
  4. Masukkan bater ¾ penuh ke dalam bekas muffin.
  5. Taburkan cheese ke atas bater.
  6. Bakar dalam oven selama 20-25 minit. *cucuk dengan lidi, pastikan lidi keluar tanpa bater melekat di permukaan
  7. Siap untuk dimakan! :)



Post a Comment