MOSCOW | PROGRAM BEDAH MOVIE

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt,

Pada 9-10 Januari 2015, telah berlangsungnya Program Bedah Movie & Qiamullail di Hostel Moscow Aviation Institute. Program yang julung kali diadakan ini berlangsung selama satu malam di Surau Al Mai.

Program ini dihadiri lebih kurang 30 pelajar Malaysia MAI sendiri dan beberapa pelajar dari negara lain.

Program ini dimulakan dengan Isya' berjemaah dan diikuti dengan tazkirah ringkas. Selesai tazkirah, program dimulakan oleh pengerusi program Mohamad Nursalam dengan kata-kata pembuka dan penerangan ringkas berkaitan tayangan yang bakal ditayangkan.

Program ini telah dibahagikan kepada 3 slot sepanjang program dijalankan. Slot pertama, tayangan movie 'When the Game Stands Tall' bermula sebaik sahaja selesainya majlis perasmian. Slot ini berlangsung selama 2 jam. Tayangan ini menceritakan tentang seorang pelatih rugby yang mendidik pemain-pemain untuk tidak bermain hanya untuk menang semata-mata, hubungan antara satu sama lain juga memainkan peranan besar dalam hidup.

Slot kedua diteruskan pula dengan ibadah qiyamullail, berlangsung selama 1 jam dan diikuti dengan Subuh berjemaah.

Slot ketiga diisi dengan tazkirah sempoi daripada Sheikh Amirul Fahmi bertajuk 'kahwin & jiwa kacau' bersama-sama dengan pengalaman hidaup beliau yang bercampur baur pahit manisnya.
Program Bedah Movie & Qiamullail diakhiri dengan sembang-sembang masa depan mahasiswa-mahasiswa MAI dan sarapan pagi yang ditaja penuh saudara Naif Helmi
Pihak Surau Al-Mai mengucapkan terima kasih kepada yang datang, semoga masa dan ukhuwah yang dibina ini semakin utuh dan diredhai oleh Allah.

jom layan video ! :)






Post a Comment