D.I.Y BUNGA KERTAS

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Majlis keramaian pasti lebih meriah jika dihiasi dengan decorations yang menarik. Hari ini team MediaAzam akan berkongsi cara-cara membuat bunga daripada kertas. Bukan sahaja cantik,malah tidak memerlukan kos yang tinggi. Selamat mencuba.

Langkah-langkah:

1. Ambil kertas A4 dan bahagikan kepada dua.


2. Lipatkan kertas seperti gambar di atas


3.Pastikan anda ambil bahagian bucu kertas dan lipat sekali lagi.Lakukan pada kedua-dua bahagian.



4.Gunting kertas mengikut kekreativitian anda,namun sebagai permulaan amat digalakkan untuk memilih corak simetri.

5.Buka lipatan kertas yang telah digunting tersebut dan gunting satu kelopak bunga anda.


6.Hiaskan mengikut kreativiti.

7. Gamkan satu kelopak bunga anda dan cantumkan.

8. Siap.

Namun jika anda inginkan sesuatu yang lebih,anda boleh teruskan dengan membuat 6 lagi bunga tambahan yang sama untuk menghasilkan satu gubahan bunga yang kecil.



9. Gamkan sebahagian kecik hujung kelopak bunga anda.


10.Gamkan satu demi satu bunga seperti digambarkan.

11.Buka dan hiaskan dimana sahaja seperti yang dihajati.

Wallahua’lam.




Post a Comment