Apresiasi Ahli Media Sesi 2013/2014

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt. Setinggi-tinggi  kesyukuran dan puji-pujian buat Allah yang mengurniakan nikmat-nikmat dan kesenangan. Selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, sudah kurang lebih 3 tahun AZAM Russia memulakan langkah menyantuni masyarakat di bumi Russia khususnya.

Di kesempatan ini juga, kami selaku Biro Media AZAM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Team Media Azam bagi sesi 2013/2014 yang bertungkus lumus menjadi tulang-belakang bagi menggerakkan portal media AZAM ini. Tanpa tenaga daripada penggerak-penggerak hebat ini, sudah tentulah misi dan visi AZAM Russia untuk menyampaikan portal informasi tentang kehidupan Muslim Malaysia di Persekutuan Russia tidak dapat direalisasikan.

"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

Jazakumullah Khairan Kathira!  Besar harapan kami  untuk anda semua menyertai kami mengemudikan portal media ini sekali lagi.

Admin
Mohamad Yusri
Shahmi Shakri
Assila Alfi
Wan Nur Syazana Binti Wan Zin
Nur Atirah Abdullah
Siti Hajar Mohammad Farid

Friday Wrap
Munirah Norzaki
Siti Maisarah Binti Zaini
Raihanah Binti Mohd Zaki
Sitti Aysha
Wan Nurafiqah Bt Wan Abdullah

Local Wrap
Nor Hafizah Binti Ghazali
Nasyrah Muhammad Nasir
Nur Anis Binti Rameli
Noor Shazzny Binti Juni
Nur Amanina Binti Abdul Jalil
Nurul Nadirah Binti Norida
Ainishahirrah Khosidi

Lifestyle
Nur Syaza Yasmin Binti Mhd Abdullah
Assila Alfi
Wan Nur Syazana Binti Wan Zin
Izzah Zafirah Jusoh
Shahmi Shakri Bin Mohd Salleh
Wan Nurafiqah Bt Wan Abdullah
Anis Syazwani Binti Salman
Mohamad Afiq Bin Mohd Shamshuddin
Vilzan Momin
Nurul Izzah Binti Mohd Fadzilah
Norsyafika Abizaid
Aminah Nurfarhana Binti Mohd
Nurul Farahin Abd Halim
Asma Farwani Binti Ahmad Keflee
Syafiqah Thaqifah Binti Alias
Nabila Huda Mohd Yasin
Khairun Nazihah Binti Mohd Yusof
Nor Fatin Amirah Binti Zepari
Wardah Hanim Binti Andari
Siti Raihanah Binti Zakaria
Mohd Adib Bin Yahya
Siti Haziqah Umairah Binti Hamdan
Amira Suhana Binti Ismail
Siti Aisyah Aqilah Binti Suhaimi

Photographer
Ainishahirrah Khosidi
Farah Binti Malik
Nor Suriya Murni Abdul Razak
Anis Izzati Binti Mohamad
Mohd Syuqor Aizzat Bin Mohd Fadzar
Wan Izzatie Wan Abdul Aziz
Nur Aishah Bt Za'aba
Adam Aizat Bin Hamnusi
Muiin Bin Zahari
Maslizza Binti Juhaepah
Atiqah Mohamed Salim
Nadiah Yunos

Social Media
Ahla Najwa Abd Halim
Nurfarahim Binti Ainol Adenan

Tazkirah
Nor Faisol Bin Hilman
Zurriyatan Solihah Binti Suparman
Nur Hazwani Binti Che Ishak
Azizan Azfar Bin Samiun
Fatin Syahirah Nahrowi
Fauziah Puteri Fajar Binti Syafrizal
Nur Syafiqah  Darman Shah
Nurfarahiyah Binti Mohd Yunus

Faiza Azamta, Fatawakkal alAllah
"Dengan Keazaman Kita Bermula"

Biro Media AZAM




Post a Comment

Ucapan Pembuka Tirai Sesi Akademik 2014/2015 oleh Presiden AZAM Russia

0 comments
[sekadar hiasan]



بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah,

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.

1- Segala puji bagi Allah, sesi pengajian di bumi Persekutuan Russia bermula sekali lagi. Selamat kembali ke Russia diucapkan kepada semua mahasiswa Malaysia yang menuntut di bumi salju ini, baik di lokaliti Moscow, Volgograd, Nizhny Novgorod, Kursk mahupun St Peterburg.

2- AZAM Russia ingin mengajak kesemua mahasiswa Malaysia di bumi Russia agar sama-sama memperbaharui niat dan paradigma sebelum menyambung perjuangan kita, agar kita sentiasa meletakkan orientasi pembelajaran kita pada cita-cita yang mulia dan tertinggi. Sepertimana hadis Nabi saw;

 إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّات

"..sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.."

maka penting untuk kita sama-sama "reset" kompas kita sebelum menempuh perjalanan yang lebih jauh.

3- Bagi mahasiswa jurusan perubatan, marilah kita sama-sama letakkan cita-cita untuk menjadi doktor yang berilmu, kompeten serta berjiwa mulia hendak membantu memelihara kesihatan masyarakat dan ummah dengan ikhlas kerana Tuhan. Bagi para pelajar jurusan kejuruteraan pula, marilah kita sama-sama meletakkan azam yang tinggi untuk menjadi perintis-perintis baru yang unggul dalam membina peradaban dan memperkasakan ummah.

4- AZAM Russia juga ingin mengajak kesemua mahasiswa agar kita semua lebih bersemangat dalam menghidupkan kembali budaya ilmu, dan memupuk semangat ingin tahu yang tinggi. Gunakan lah zaman bergelar mahasiswa ini sebaik nya untuk menimba ilmu dan seterus nya membina diri, agar kita bukan sahaja menjadi bakal doktor dan jurutera yang hebat, bahkan juga menjadi individu-individu yang berkaliber dari sudut intelektual, akhlak, sifat ketuhanan, sifat manusiawi juga lain-lain lapangan kecerdasan.

5- Mari lah kita  buang jauh-jauh sifat malas yang akan memakan diri, dan sentiasa beriltizam untuk menuntut ilmu  dengan bersungguh-sungguh. Sebagai seorang yang beriman kepada Allah azza wa jalla dan sentiasa mendambakan syurga-Nya, marilah kita sama-sama mengambil motivasi daripada hadis Nabi saw ;

ومَنْ سَلَكَ طَريقاً يَلتَمِسُ فِيه عِلماً ، سَهَّلَ الله لَهُ بِهِ طَريقاً إلى الجَنَّةِ

“Barangsiapa menempuh suatu jalan mencari ilmu padanya, niscaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR Muslim)

6- AZAM Russia juga menggalakkan mahasiswa Malaysia di Russia agar terus komited dan konsisten membina nilai tambah (added value) dalam diri masing-masing melalui pelbagai bentuk aktivisma dan kegiatan luar kuliah seperti berpersatuan, ber-usrah, berwacana, melaksanakan amal-amal kebajikan dan sebagai nya. Sentiasa kukuhkan hubungan kita dengan Allah dan jaga lah hubungan sesama manusia. Moga-moga ikatan yang kukuh dengan Allah dan jalinan yang baik sesama insan menjadi bekal terbaik bagi kita dalam perjalanan menjadi insan-insan yang hebat.

7- Buat pelajar tahun pertama yang sudah atau bakal menjejakkan kaki di bumi Russia, selamat datang diucapkan, dan selamat menyesuaikan diri dengan baik di sini. Sentiasa jadi kan niat yang ikhlas kerana Allah sebagai pedoman, dan jangan segan silu meminta bantuan daripada abang-abang dan kakak-kakak senior. Kami dari AZAM Russia lebih dari sudi hendak membantu kalian dalam segenap lapangan, inshaAllah.

8- Buat pelajar tahun akhir pula, kekalkan atau tingkatkan momentum kalian. Jangan sesekali berputus asa, dan teruskan berjuang hingga ke garisan penamat. Semoga Allah azza wa jalla mempermudah langkah dan urusan kalian, sehingga lah segulung ijazah akhir nya berada di dalam genggaman.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua. Semoga Allah redha.

Dengan KeAZAMan, KITA bermula.


Muhammad Ilham bin Muntari
Presiden AZAM Russia




Post a Comment