ST PETERSBURG | MAKAN MALAM BERSAMA MARA

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

Pada 3 Jun 2014 yang lalu, pelajar-pelajar State Marine of Technical University (SMTU) telah menerima kehadiran delegasi MARA yang dihadiri oleh Pengerusi MARA sendiri iaitu Tan Sri Annuar Musa dan keluarga. Di samping itu, kehadiran beberapa orang pegawai dari MARA seperti Encik Shah, Encik Wahab, Encik Shaiful, Encik Bassit dan Cik Puteri Nur Syaza turut memeriahkan kunjungan tersebut.

Satu pertemuan makan malam antara delegasi MARA dengan para pelajar telah diatur dan diadakan pada 4 Jun 2014 yang bertempat di Restoran Baku. Sesi soal jawab mengenai kehidupan para pelajar di St Petersburg khususnya telah memberi gambaran yang jelas kepada Tan Sri Annuar Musa tentang bagaimana kehidupan seharian pelajar di sini.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa hasil daripada ucapan Tan Sri Annuar Musa telah menaikkan semangat para pelajar untuk terus maju ke hadapan dan sentiasa berpandangan jauh dalam menuntut ilmu. Pertemuan yang julung kali diadakan itu ternyata memberi impak yang positif kepada para pelajar terutamanya. Para pelajar di St Petersburg khususnya amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi MARA pada kali ini dan pertemuan tersebut diakhiri dengan sesi fotografi bersama pelajar.






Wallahua'lam.


Post a Comment