ST PETERSBURG | MAJLIS GRADUASI

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Pada julung kalinya, satu Majlis Graduasi pelajar-pelajar tahun akhir State Marine of Technical University (SMTU) telah diadakan pada 10 Jun 2014. Majlis tersebut bertempat di bangunan universiti Kampus Ulianka. Majlis bermula pada pukul 1 tengah hari dan dihadiri oleh Dekan Fakulti Pelajar Antarabangsa SMTU sendiri iaitu Ludmila Anatolivna Patrasheva dan juga pensyarah-pensyarah mereka.
Di samping itu, kehadiran ibu bapa sesetengah pelajar yang terbang jauh dari Malaysia turut memeriahkan suasana majlis.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ludmila Anatolivna Patrasheva. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pelajar terbaik lelaki dan perempuan iaitu Muhammad Azri bin Aminuddin dan Lydia binti Azmi.
Penyerahan sijil graduasi serta sesi fotografi antara pelajar telah mengakhiri majlis ini dengan jayanya. Suasana majlis graduasi yang dilakukan di Russia khususnya telah menjadi satu kegembiraan dan kenangan manis bagi pelajar-pelajar tahun akhir tersebut.
Setinggi penghargaan diberikan kepada Muhammad Abdul Rauf bin Muhammad Firdaus di atas usaha beliau menjayakan majlis ini. Selamat maju jaya diucapkan kepada para graduan kejuruteraan maritim.
Sekian, terima kasih.






Wallahua'lam.


Post a Comment