POSITIFKAH ANDA HARI INI ?

0 comments


Bagaimana dengan hari anda hari ini? Adakah kita telah lalui hari kita dengan sikap yang positif atau kita sekadar menempuh hari ini dengan aura negatif?

Benar, sikap yang positif itu bukanlah ibarat benda yang boleh kita beli di pusat membeli belah. Sikap positif itu juga bukanlah ibarat satu video tutorial di laman Youtube yang mampu kita tonton dan aplikasi kan dalam hidup kita.

Pernahkah anda mengenali mana-mana individu yang positif? Mereka sentiasa optimis, ceria dan bertenaga. Sudah pasti tertanya-tanya di dalam benak pemikiran bagaimana caranya untuk menjadi seperti mereka. Percayalah semuanya tentang sikap kita sendiri.

Change your thoughts and you can change world.

Siapa di sini yang tidak mahu mulakan hari mereka dengan sikap positif. Pasti sahaja jika soalan seperti “Siapa mahu menjadi orang yang positif” diajukan, pasti semua orang akan mengangkat tangan mereka. Jadi bagaimana mahu menjadi positif? Tidak adakah peta yang mampu menunjukkan jalan kearah orang yang positif?

Mungkin peta seperti itu tidak wujud didunia ini. Tapi mungkin 5 tips ini mampu membawa kita ke jalan yang dipenuhi dengan aura positif.

1. Mulakan dengan doa

Mari kita sentiasa mulakan hari kita dengan doa. Doakan hari ini kita dapat lalui dengan sikap yang positif.

2. Jangan terlalu berfikir akan benda yang tidak pasti

Tahukah anda bahawa hari ini adalah milik anda. Jangan biarkah kebimbingan mula meragut ketenangan hati. Kita harus fokus tentang hari ini dan bangun dengan niat untuk mulakan hari dengan perkara yang baik.

3. Marilah kita buat andaian yang kita akan temui orang yang baik hari ini.

Elakkan berprasangka buruk kepada orang lain. Percayalah bahawa semua orang mahu disukai. Jadi buangkan lah semua prasangka buruk tentang orang lain. Prasangka buruk ini hanya membuatkan diri kita penuh dengan aura negatif

4. Bersyukur

Ambil masa sejenak untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita patut bersyukur bahawa kita adalah diri kita dan bersyukur akan kehadiran orang-orang disekeliling kita. Daripada kesyukuran itu sendiri akan tumbuh bibit-bibit positif dalam diri kita yang lebih menghargai tentang sesuatu.

5. Senyumlah wahai sahabatku.

Percaya atau tidak senyuman itu sebenarnya satu penyakit yang berjangkit. Senyumlah kerana dengan senyuman insyAllah kita mampu hindari perkara buruk. Senyumlah meskipun kita tidak mempunyai sebab untuk tersenyum. Dengan senyuman kita mampu menjadi lebih positif.

Seperti kata ustaz Pahrol,“Bukan apa yang dilihat, tetapi bagaimana kita melihatnya”

Jadi mari kita lihat diri kita sebagai seorang yang positif. Jika kita terasa putus asa, sematkan lah didalam hati kata-kata ini “I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work”.

Mari kita harapkan hari seterusnya dipenuhi dengan perkara yang positif. Saya positif bahawa saya adalah orang yang positif!



Wallahua'lam



Post a Comment