MODUL GERBANG MAHLIGAI SAKINAH PART 2

0 comments

 

Bismillahirahmanirrahim 
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda .
InshaAllah 
Kuliah Baitul Muslim bersama UmmuAtifah pada minggu seterusnya .

Modul Gerbang Mahligai Sakinah ( Part 3 )
Tarikh : 13 Jan 2014
Masa : 5.30pm-7.30pm (waktu rusia)
9.30pm-11.30pm (waktu malaysia)

Boleh add id
Paltalk : moderator_kuliah


Kuliah Modul Gerbang Mahligai Sakinah merangkumi beberapa aspek tersebut : 

1. Asas-asas pra perkahwinan 
2.Adab dan batas pertunangan 
3.Malam pengantin an tips sunnah pernikahan ( 1 minggu sebelum pernikahan - KHAS )


Jom dengar jom!
Jangan ketinggalan mengikuti kuliah baitul muslim yang disampaikan oleh Ummu Atifah.


Anda terlepas mengikuti kuliah baitul muslim minggu lepas ?



Kami susulkan anda sedutan daripada kuliah baitul muslim Modul Gerbang Mahligai Sakinah (Part 2) 

di sini yang bertajuk  "Tujuan dan fungsi institusi kekeluargaan dalam Islam menurut Al-Quran dan As-Sunnah"


Sebagai penyucian hati , anak-anak Ummi Atifah yang dikasihi oleh Allah telah diperdengarkan bacaan Al-Quran 
( Surah An-Najm : 38-48 ) . 

(yaitu) bahawa seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain ,
Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya ,
Dan sesungguhnya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya) ,
Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna ,
Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu),
Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS ,
Dan sesungguhnya Dialah yang MEMATIKAN dan MENGHIDUPKAN ,
dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan LAKI-LAKI dan WANITA ,
dari mani apabila dipancarkan ,
dan sesungguhnya Dialah yang menetapkan penciptaan yang lain (kebangkitan setelah mati)
dan sesungguhnya Dialah yang memberikan KEKAYAAN dan KECUKUPAN



 





 Apabila kita membuka hati-hati kita, insyaAllah kita akan mendapat hidayah Allah. Apabila hati kita mendapat hidayah, hati akan memberi arahan kepada seluruh anggota badan kita untuk melakukan yang halal sahaja.  Contohnya, mata yang mendapat hidayah, apabila melihat sesuatu, akan nampak kebesaran Allah, akan melihat benda-benda yang dibenarkan oleh Allah sahaja begitu juga anggota-anggota badan yang lain.

Ada 2 jenis hidayah iaitu hidayah fitrah yang membawa kepada taufiq dan hidayah bayan. Hidayah taufiq iaitu hidayah yang diberi oleh Allah yang membawa anggota kita kepada melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya. Manakala hidayah bayan pula adalah hidayah yang membolehkan kita untuk membezakan yang hak dan yang batil.

Kami susulkan pautan untuk rakan-rakan mendapatkan nota kuliah penuh dibawah  Insha Allah 


MODUL GERBANG MAHLIGAI SAKINAH PART 2  


 KULIAH BAITUL MUSLIM UMMU ATIFAH



Selamat membaca dan berusaha mencari keredhaan Allah swt . Ingatlah janji Allah , 

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami ,
Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.
Dan sungguh ,Allah berserta orang-orang yang berbuat baik".  

[Al-Ankabut : 69 ]


Post a Comment