FRIDAY WRAP (18/01/2014 - 24/01/2014)

0 comments
Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.

Kembali lagi bersama Friday wrap dengan lebih banyak kupasan yang menarik berlaku sepanjang minggu ini,insyaallah.


Matahari terbit secara maya
Sabtu, 18/01/2014

BEIJING- susulan kabus tebal yang menyelubungi Bejing sejak beberapa hari lalu, sebuah skrin televisyen komersial besar telah disediakan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat matahari terbit secara maya.

Penduduk sanggup meninggalkan kediaman dengan memakai topeng muka semata-mata untuk melihat suasana tersebut yang dipaparkan menerusi skrin futuristik gergasi.

Difahamkan, tahap pencemaran udara di negara itu semakin teruk sehingga monitor pencemaran udara mengeluarkan amaran mengarahkan penduduk tidak keluar dari rumah sehingga kualiti udara pulih.

Pihak berkuasa Beijing berkata, jerebu teruk itu turut mengurangkan tahap penglihatan untuk beberapa ratus meter sehingga semalam.

Susulan daripada itu, Datuk Bandar Beijing memutuskan untuk mengurangkan penggunaan arang batu sebanyak 2.6 juta tan, selain memperuntukkan 15 bilion yuan (RM8 bilion) sebagai inisiatif bagi mengatasi masalah pencemaran udara di negara terbabit.

Kerajaan turut mengambil langkah menutup 8,347 syarikat dalam usaha untuk menangani masalah pencemaran itu.


Perlembagaan ulang kesilapan
Isnin,20/01/2014

KAHERAH - MESIR. Keputusan referendum menyaksikan 98.1 peratus daripada 20 juta rakyat Mesir menyokong draf piagam nyata menunjukkan, rakyat negara itu mahukan perubahan politik sekali gus menolak pemerintahan presiden yang digulingkan Mohammad Mursi dan pengaruh Ikhwanul Muslimin (IM).

Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Nabil Salim mengumumkan, keputusan dicapai selepas 38.6 peratus daripada 53 juta rakyat layak mengundi menyokong draf terbabit.

“Tiada kumpulan politik menolak draf itu. Jumlah keluar mengundi lebih tinggi berbanding 2012 ketika era Mursi," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Samer Atallah dari Universiti Amerika, Kaherah berpendapat, Perlembagaan baharu itu tidak membawa perubahan ketara kepada politik Mesir.

Menurutnya, draf dibuat 50 panel itu masih mengekalkan artikel sama seperti menyatakan dengan jelas hak pendidikan, penjagaan kesihatan, kesaksamaan jantina dalam hak berpolitik dan lain-lain.

“Tiada banyak beza artikel versi 2012 dan 2013. Kesilapan berlaku apabila masing-masing menggunakan kuasa untuk menyekat kebebasan bersuara. Pada 2012, IM dan sekutunya menyekat peluang bersuara dan pada tahun ini parti liberal, sekular dan institusi agama rasmi dan Parti Salafi Al Nour mengulangi kesilapan itu," katanya menurut laporan agensi.Menurutnya, kecacatan terbesar tercatat dalam artikel ialah memberi kuasa penuh kepada Presiden dan tentera.

“Artikel membenarkan mahkamah tentera mengadakan perbicaraan ke atas orang awam yang dituduh melakukan ‘jenayah langsung’ dan tentera mempunyai kuasa veto berhubung pelantikan menteri pertahanan bagi tempoh peralihan lapan tahun adalah kesilapan besar,” katanya.

Kini tiada siapa boleh mengubah piagam itu kerana disokong rakyat dan langkah seterusnya menghadapi pilihan raya presiden, Mac ini.


Alami Kekeringan , Muslim California Sembahyang Minta Hujan
Selasa,21/01/2013

WASHINGTON -Warga Muslim dari Lembah San Gabriel di California telah melakukan solat untuk meminta hujan , saat cuaca panas mengenai kawasan mereka. 

" Solat meminta hujan ditujukan untuk mengurangkan kekeringan berterusan sehingga memberikan kesan pada warga California dan hasil pertanian , " kata komuniti muslim San Gabriel.

Solat Istisqa dilakukan selepas solat Zuhur , pukul 1:15 di Islamic Center San Gabriel Valley pada hari Ahad 19 Januari. Solat sama dilaksanakan juga awal bulan ini oleh cawangan Sacramento dari Council on American - Islamic Relationship .

Kemarau telah melanda California tahun ini . Rasa bimbang melanda sebahagian besar petani kerana kemarau melanda ladang mereka . Sejumlah ternakan juga perlu dijual kerana kekurangan air .

Sacramento dan bandar - bandar lain juga telah mengenakan sekatan penggunaan air . Kebimbangan bertambah selepas Gunung Colby meletus Khamis lalu . Pada hari Jumaat , Gabenor California Jerry Brown mengumumkan keadaan darurat dan mendesak rakyat untuk mengurangkan penggunaan air sebanyak 20 % . 

Pejabat Cuaca Nasional minggu lalu mengeluarkan satu ramalan untuk barat daya Amerika Syarikat dan mengatakan adanya keadaan musim kering meskipun saat ini di tengah-tengah muslim sejuk .


Thailand isytihar perintah darurat.
Selasa,21/01/2014

BANGKOK - THAILAND. Kerajaan sementara Thailand mengisytiharkan perintah darurat bagi mengekang demonstrasi oleh kumpulan Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), yang telah menggugat pentadbiran kerajaan serta menjejaskan aktiviti komersil dan kewangan di Bangkok.

Perintah darurat itu akan berkuat kuasa selama 60 hari bermula esok dengan merangkumi kawasan Bangkok, wilayah Nontaburi, daerah Lat Lumkaew di Pratumthani dan daerah Bangphli.

Kemudian, Perdana Menteri kerajaan sementara Yingluck Shinawatra berkata para pegawai polis akan menjadi pasukan utama yang menguatkuasakan dekri darurat itu dan bukannya pihak tentera sebagai langkah mengelak berulangnya tindakan keras terhadap para penunjuk perasaan seperti yang telah berlaku pada 2010.

Demonstrasi 'Shutdown Bangkok' yang masih berterusan anjuran PDRC telah menyebabkan menteri-menteri termasuk Yingluck tidak dapat ke pejabat mereka, malah sesetengah agensi terpaksa memindahkan operasi masing-masing. 

Beberapa hari lepas, dua serangan bom tangan dilakukan terhadap para penunjuk perasaan selain ada petunjuk bahawa senjata dan bom perisikan tentera sedang dipindahkan ke ibu negara ini.

Kerajaan juga berdepan demonstrasi oleh para pesawah, yang kebanyakannya penyokong kerajaan, setelah mereka tidak mendapat bayaran bagi beras yang dijual kepada kerajaan mengikut skim subsidi.

Sesetengah pesawah yang mengadakan demonstrasi itu dilaporkan telah menyertai para penyokong PDRC, yang mahu memaksa Yingluck meletakkan jawatan dan menangguhkan pilihan raya 2 Februari depan.


Semakin Banyak Syarikat di Eropah Memboikot Israel
Rabu,22/01/2014

EROPAH- Syarikat- syarikat Eropah terus melakukan aksi boikot mereka terhadap Israel setelah adanya laporan bahawa dana pencen Belanda ABP merancang untuk mengikuti jejak dana pencen PGGM dalam memotong hubungan mereka dengan bank Israel .

PGGM dua minggu lalu memutuskan untuk menarik diri daripada lima bank besar Israel sebagai bentuk protes atas pembangunan berterusan penempatan haram Yahudi di wilayah Tepi Barat yang diduduki.

Sebelumnya lagi kesatuan ahli akademik AS melakukan aksi boikot terhadap institusi pendidikan Israel pada akhir 2013 lalu. Israel sekarang mengalami kebimbangan bahawa trend boikot akan terus berkembang dan tersebar di seluruh Eropah , terutama dipimpin oleh syarikat - syarikat di Inggeris dan negara - negara Scandinavia .

Kesan dari boikot syarikat Eropah terhadap Israel , menurut laporan telah membuatkan peneroka Yahudi haram di Tebing Barat mengalami penurunan yang ketara dalam pendapatan eksport mereka pada tahun 2013 .


13 Projek Dicanangkan Untuk Wujudkan Madinah Sebagai Ibukota Budaya Islam
Rabu,22/01/14

MADINAH - Gabenor Madinah , Putera Faisal Bin Salman , mengumumkan 13 projek budaya dan akademik kekal yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Madinah sebagai ibu negara kebudayaan Islam. 

Projek - projek tersebut terutamanya hasil dari cadangan-cadangan yang muncul untuk dipertimbangkan semasa pemilihan bandar Madinah sebagai Ibukota Kebudayaan Islam .

Putera Faisal , yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tinggi , mengatakan bahawa projek - projek termasuk Qur'an Oasis , akan membuat Madinah sebagai Pusat Kebudayaan dan Dakwah Islam dengan tumpuan khusus pada kajian Al Quran . The Oasis merupakan sebahagian daripada usaha serius untuk mendapatkan kembali identiti sejarah , budaya dan warisan dari Madinah .

Quba Cultural Center adalah projek lain yang merupakan pusat agama , budaya dan sosial di wilayah Quba . Pusat ini mengandungi muzium , pusat - pusat akademik dan perpustakaan . 

Projek ketiga adalah Madinah Welcome Center , yang akan berguna untuk menyambut para jamaah umrah dan haji , pengunjung dan pelancong di Madinah. Projek - projek lain termasuk mengembangkan Perpustakaan Raja Abdul Aziz dan Perpustakaan Haram , dan pelbagai projek lain .


Menteri Undang-undang Palestin Tuduh Israel Sengaja Jangkiti Tahanan Palestin dengan Penyakit .
Rabu,22/01/2014

RAMALLAH-Menteri Palestin Issa Qaraqe menuduh kerajaan Israel sengaja menjangkiti tahanan Palestin dengan penyakit. 

"Penjara Israel telah sengaja menjangkiti tahanan Palestin dengan penyakit untuk membunuh mereka perlahan-lahan," kata Qaraqe dalam persidangan yang membincangkan tentang tahanan. 

"Bukan rahsia lagi bahawa dalam beberapa tahun terakhir kita telah menyaksikan peningkatan jumlah tahanan yang dijangkiti, khususnya penyakit ganas," tambahnya. 

Qaraqe juga menyebut kerajaan Israel sengaja menahan ubat untuk tahanan Palestin padahal keadaan kesihatan mereka sangat buruk.


Kekejaman rejim Basyar didedah.
Khamis,23/01/2014

DOHA - Rejim Presiden Syria Bashar al-Assad didakwa melakukan kekejaman dan membunuh 11,000 tahanan, menurut satu laporan menggemparkan didedahkan kepada umum, kelmarin.

Pendedahan dibuat berdasarkan pemeriksaan ke atas 55,000 gambar dipercayai diseludup keluar oleh bekas jurugambar polis di negara bergolak tersebut. 

Difahamkan, bukti perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim Bashar tersebut turut memaparkan bukti patologi forensik yang melakukan pemeriksaan ke atas kubur besar di Kosovo sebelum ini.

Menurut Al-Jazeera, bekas ketua pendakwa raya mahkamah khas di Sierra Leone menyifatkan, laporan setebal 31 muka surat itu sebagai kebenaran membuktikan rejim Bashar melakukan pembunuhan kejam secara besar-besaran

Koleksi gambar jelas menunjukkan cara pembunuhan sistematik dilakukan ke atas tahanan. Mereka dibiarkan kebuluran dan diseksa dengan kejam hingga mati.

"Misteri kehilangan ramai penduduk Syria sejak perang saudara tercetus di negara itu kini terjawab," katanya lagi.


Israel Gali Bahagian Selatan Masjid Al Aqsa
Khamis, 23/01/2014

AL QUDS - Yayasan Al - Aqsa berkata pada hari Rabu bahawa kerajaan Israel telah mula penggalian baru hanya beberapa meter dari kompleks Masjid Al - Aqsa di Al Quds untuk membuat jalan bagi sebuah pusat agama Yahudi .

Yayasan yang dibentuk untuk menjaga masjid Al Aqsa dari kemusnahan Israel , memberi amaran bahaya yang ditimbulkan oleh penggalian tersebut , dimana Israel bertujuan untuk menghancurkan laman Islam di kawasan berhampiran Masjid Al – Aqsa.

Dalam sebuah pernyataan , yayasan menegaskan bahawa penggalian Israel terbaru , yang dibiayai oleh organisasi pro - pemukiman Yahudi sayap kanan , sedang dilakukan hanya meter dari gerbang selatan masjid .
Pemerintah Israel tidak pernah secara rasmi membantah adanya penggalian , yang telah bermula dekad yang lalu , dilakukan di bawah tapak suci Islam di bandar Al Quds . Palestin menuduh Israel melancarkan kempen agresif untuk " Yahudisasi " Al Quds , dengan tujuan menghapuskan identiti Arab dan Islam - nya .

Al - Quds adalah Al - Haram Al - Sharif , merupakan tempat suci ketiga bagi umat Islam selepas Makkah dan Madinah . Yahudi mendakwa bahawa dugaan Kuil Sulaiman atau kuil Gunung mereka ada di bawah tempat suci umat Islam itu dan ingin menghancurkannya untuk membina kembali kuil mereka .



Sekian sahaja lintasan berita dunia dalam FRIDAY WRAP kali ini. Semoga segala yang belaku boleh diambil ibrah dalam mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, terima kasih.


“dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. dan cukuplah Dia Maha mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya.”
(Al-Furqan : 58).










Post a Comment