KAUNTER TIKET TRAIN DI RUSSIA

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt.



Firman Allah SWT dalam surah Al Ankabut ayat 20 yang bermaksud :

"Mengembaralah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah telah memulai ciptaan makhluk-makhluk... "

Tahukah anda di mana kita boleh membeli tiket train untuk ke bandar bandar lain di sekitar bumi Soviet ini? Pada bulan ini, Local Wrap AZAM bakal menyingkap kaunter tiket train bagi memudahkan urusan jaulah anda sempena winter break kali ini. 


~Moscow~



Nama:Kazansky Vokzal
Metro yang berdekatan:Komsomolskaya
Penerangan:Kaunter tiket train terletak di dalam metro.Anda hanya perlu mengikuti arah petunjuk yang sedia ada.Tiket untuk ke Nizhny Novgorod,Kazan,Kazankhstan,Ulyanovsk dan Uzbekistan boleh didapati di sini. 

Nama:Pavelesky Station
Metro:Paveletskaya
Penerangan:Tiket untuk keVoronech,Astrakhan,Volgograd dan lain-lain boleh didapati di sini. 

Nama:Leningradsky Station
Metro yang berdekatan:Komsomolakaya
Penerangan:Tiket untuk ke St Petersburg,Novgorod dan lain-lain boleh didapati si sini.

~St Petersburg~





Nama : Maskovskiy Vokzal
Alamat : 85, Nevsky av., St. Petersburg, Russia
Metro yang berdekatan : Metro Ploshchad Vosstaniya dan Metro Mayakovskaya

Penerangan : Vokzal terletak berdekatan dengan Metro Mayakovskaya. Melalui pintu keluar Metro, anda akan dihubungkan terus dengan vokzal. Tiket untuk ke Moscow, Volgograd, Kazan, Vladimir dan lain-lain boleh didapati di sini. Dari St Petersburg, perjalanan ke Moscow memakan masa 8 jam dengan menaiki keretapi biasa, manakala hanya 3 jam 40 minit dengan menaiki keretapi laju "Sapsan".



~Nizhny Novgorod~





Nama:“Maskovski Vakzal”  


Panduan:Dari hostel, anda boleh menaiki bas 43, T19 dan turun di perhentian “Maskovski Vakzal”. Stesen ini berhadapan dengan pusat membeli belah “Respublika”. Perjalanan memakan masa hampir sejam. Selain itu, stesen ini terletak berdekatan dengan pasar atau “rinak”. Di sini juga terdapat restoran halal.



Penerangan:Tiket untuk ke Moscow, Volgograd, Kazan, Vladimir, St Petersburg, Ekaterinburg dan Sochi boleh didapati di sini. Dari Nizhny, perjalanan ke Moscow hanya memakan masa 3 jam dengan menaiki Sapsan.

~Volgograd~







Lokasi: Vokzal Volgograd, Station no 1


Panduan: trolleybus no 8, masyrut no 55,88
Penerangan:Masuk ke entrance dan belok kanan. Di situ, terdapat banyak kaunter bagi perkhidmatan membeli tiket.Antara destinasi yang boleh dituju: Krasnodar, Rostov-on-Don, Moscow, Saratov, Astrakhan dan lain-lain
  

Tips ketika membeli tiket train


1. Barang yang perlu dibawa: passport dan duit
2. Tiket:
Terdapat 2 jenis cabin utama
a. Economy (плазкарт): 1 bagon dalam 54 orang, murah
b. Compartment (купе): 1 compartment 4 orang, sedikit mahal, selesa

Boleh rujuk gambar contoh di bawah



Anda boleh request availability seats (seat atas atau bawah)

3: Penting: setelah membeli tiket, check information di atas tiket (Nama, no passport, tempat dan masa destinasi yang dituju etc). Rujuk gambar contoh




Note: Terdapat juga beberapa monitor bagi pelanggan untuk check availability destinasi dan seats sebelum membeli di kaunter



p/s :Selamat berjaulah!


Post a Comment

Tawakal Seekor Burung

0 comments

 "Sonoknya ‘exam’ dah habis!Nilah masanya, aku boleh qada' balik tidur. Main ‘dota’. ‘Shopping’."

"Tadi aku jawab dah elok da. Semua ‘point’ aku bagi tapi cikgu ni kedekut markah betul. Anak kesayangan dia je yang dia bagi ‘пять’ (lima)."

"Arghhh!! Kenapa aku tak boleh jawab tadi? Sia-sia je ‘stay up’ seminggu."

Oppss….!


Assalamualaikum wrt. wbt.

Apakah yang anda rasa setelah selesai menjawab setiap kertas peperiksaan?Adakah anda mempunyai pemikiran seperti di atas? Setelah penat berusaha dan bertawakal, tapi hasil yang diperoleh tidak seberapa. Bahkan sahabat anda yang belajar ala kadar memperoleh markah yang lebih baik daripada anda. Di saat kaki melangkah keluar dari bilik peperiksaan untuk kertas yang terakhir, anda merancang untuk 'meng-qada' kembali segala aktiviti harian anda yang tertangguh kerana perlu fokus pada peperiksaan – 'stay up' lewat malam untuk bermain 'dota', seharian keluar untuk ber'shopping', tidur dan berborak dengan rakan-rakan untuk tempoh yang lama.

Duhai saudara-saudara yang dicintai kerana Allah,
Ingatkah anda? Ketika kaki melangkah masuk pintu bilik peperiksaan, anda katakan pada diri bahawa anda bertawakal sepenuhnya kepada Allah atas segala usaha yang anda berikan. Apabila telah habis menjawab pertanyaan pemeriksa, lalu anda melangkah keluar dari pintu dengan membawa 1001 perasaan.

[Kredit]


Inilah sebenarnya ujian yang terselindung di sebalik rasa tawakal yang acap kali anda ungkapkan. Ada yang kecewa. Ada yang menangis. Ada yang terima seadanya dan ada jua yang merasakan ketidakadilan pihak pemeriksa. Apatah lagi peperiksaan di Rusia menggunakan ‘oral mechanism’ sebagai medium untuk menjawab setiap soalan. Pada saat ini, jika ‘mood’ pemeriksa tidak baik, maka andalah mangsanya. Tapi jika anda pandai mengambil hatinya, andalah jua yang akan mendapat markah cemerlang, ‘пять’!

Takwa dan tawakal...
Perkataan yang hampir serupa tetapi tidak sama. Takwa membawa maksud pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Manakala tawakal pula, perkataan yang tidak asing bagi setiap individu, membawa maksud berserah diri dan segala urusan sepenuhnya kepada yang diyakini setelah berusaha sehabis mampu.

"Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-sebenar tawakal,
 maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung,
pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar,
dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang."
(AtTarmizi, Ahmad, Ibnu Majah)


[Kredit]


Seekor burung tidak pernah tahu akan rezekinya pada hari itu. Pagi-pagi lagi ia sudah riang ‘menyanyi’ tanpa merasa khuatir. Sebaliknya, ia yakin bahawa akan ada rezeki buatnya yang telah ditetapkan Allah. Jika tidak, sudah pasti si burung ini tidak akan keluar dari sarang dan berusaha mencari rezeki. Kenapa ia perlu bersusah-payah terbang dan mengepakkan sayap melawan graviti bumi untuk mencari sesuatu yang tidak pasti? Lantas bertebaranlah ia ke seluruh pelosok bumi dengan penuh tawakal kepada Allah. Banyak atau tidak rezeki pada hari itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk keluar pada keesokan hari dan seterusnya.

Mengapa kita sebagai makhluk Allah yang paling sempurna tidak mengambil hikmah atas manifestasi yakin, usaha, dan tawakal yang ada pada sang burung ini? Tawakal bukan sekadar selepas berusaha semaksimum mungkin, tapi jua selepas mendapat keputusan sama ada baik mahupun tidak baik. Kita hendaklah redha menerimanya dengan rasa rendah hati dan sedar bahawa segala apa yang tertulis sebagai qada’ dan qadar yang terbaik dari Allah. Bukankah salah satu rukun iman adalah meyakini qada’ qadar? Allah itu Maha Mengetahui. Dia mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya yang sentiasa bertawakal padaNya. Keputusan yang baik diraikan dengan rasa kesyukuran, manakala yang kurang baik disambut dengan perasaan redha dan diperbanyakkan lagi usaha pada masa akan datang.

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."
(94:7-8)



[Kredit]





Post a Comment

0 comments

Assalammualaikum wbt.

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar. Sesungguhnya kebergantungan kepada Allah haruslah 100% kerna Dialah yang menentukan results usaha yang kita lakukan. InshaAllah dengan usaha yang berlipat ganda, tawakal dan doa yang berterusan Allah swt akan tetap bersama hambaNya...Semoga Berjaya!

"Minta doalah daripada-Ku, aku menerima doamu." (Surah al-Mukmin, ayat 60)



Maka Kami beri Nabi Sulaiman a.s memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.


MICROBIOLOGY

GRAM POSITIVE(COCCI)

STREPTOCOCCUS




CHARACTERISTICS:
  • gram +
  • arranged in chains and pairs
  • catalase –
CLASSIFICATIONS:
                                     K: Bacteria
                                     F:Streptococcae
                                     G:Streptococcus
                                     S: S.Pneumoniae, S. Pyogenes, S.Bovis, S.Agalactiae, S.Faecalis

STAPHYLOCOCCUS



CHARACTERISTICS:
  • gram +
  • arranged in irregular grapelike clusters
  • catalase +

CLASSIFICATIONS:
                                   K:Bacteria
                                   F:Staphylococcacae
                                   G:Staphylococcus
                                   S: S. Aureus, S. Epidermidis, S. Saprophyticus

GRAM NEGATIVE(COCCI)

NEISSERIA



CHARACTERISTICS:
  • gram –
  • resembled in paired kidney beans

CLASSIFICATION:
                                  K:Bacteria
                                  F:Nesseriaceae
                                  G:Nesseria
                                  S: N.Gonorrhoeae-no polysaccharide capsule
                                                              -endotoxin(lipooligosaccharides, LOS)
                                                              -sexually transmitted, newborns
                                                               -disease: gonorrhoea, neonatal conjunctivitis
                                 N. Meningitidis-prominent polysaccharide
                                                        -endotoxin(lipopolysaccharide,LPS)
                                                        -transmitted by airborne droplet
                                                        -disease:meningitis, meningococcemia


GRAM NEGATIVE RODS

GRAM NEGATIVE RODS ASSOCIATED WITH ANIMAL SOURCES


GRAM NEGATIVE RODS ASSOCIATED WITH RESPIRATORY TRACTS


VIRUS

BACTERIOPHAGE
Bacteriophage invade the host cell, take over the cell, and begin replicating viruses, eventually lysing or bursting the host cell, releasing the new viruses to infect additional cells.

ANATOMY






Wallahua'lam








Post a Comment

FRIDAY WRAP (18/01/2014 - 24/01/2014)

0 comments
Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.

Kembali lagi bersama Friday wrap dengan lebih banyak kupasan yang menarik berlaku sepanjang minggu ini,insyaallah.


Matahari terbit secara maya
Sabtu, 18/01/2014

BEIJING- susulan kabus tebal yang menyelubungi Bejing sejak beberapa hari lalu, sebuah skrin televisyen komersial besar telah disediakan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat matahari terbit secara maya.

Penduduk sanggup meninggalkan kediaman dengan memakai topeng muka semata-mata untuk melihat suasana tersebut yang dipaparkan menerusi skrin futuristik gergasi.

Difahamkan, tahap pencemaran udara di negara itu semakin teruk sehingga monitor pencemaran udara mengeluarkan amaran mengarahkan penduduk tidak keluar dari rumah sehingga kualiti udara pulih.

Pihak berkuasa Beijing berkata, jerebu teruk itu turut mengurangkan tahap penglihatan untuk beberapa ratus meter sehingga semalam.

Susulan daripada itu, Datuk Bandar Beijing memutuskan untuk mengurangkan penggunaan arang batu sebanyak 2.6 juta tan, selain memperuntukkan 15 bilion yuan (RM8 bilion) sebagai inisiatif bagi mengatasi masalah pencemaran udara di negara terbabit.

Kerajaan turut mengambil langkah menutup 8,347 syarikat dalam usaha untuk menangani masalah pencemaran itu.


Perlembagaan ulang kesilapan
Isnin,20/01/2014

KAHERAH - MESIR. Keputusan referendum menyaksikan 98.1 peratus daripada 20 juta rakyat Mesir menyokong draf piagam nyata menunjukkan, rakyat negara itu mahukan perubahan politik sekali gus menolak pemerintahan presiden yang digulingkan Mohammad Mursi dan pengaruh Ikhwanul Muslimin (IM).

Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Nabil Salim mengumumkan, keputusan dicapai selepas 38.6 peratus daripada 53 juta rakyat layak mengundi menyokong draf terbabit.

“Tiada kumpulan politik menolak draf itu. Jumlah keluar mengundi lebih tinggi berbanding 2012 ketika era Mursi," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Samer Atallah dari Universiti Amerika, Kaherah berpendapat, Perlembagaan baharu itu tidak membawa perubahan ketara kepada politik Mesir.

Menurutnya, draf dibuat 50 panel itu masih mengekalkan artikel sama seperti menyatakan dengan jelas hak pendidikan, penjagaan kesihatan, kesaksamaan jantina dalam hak berpolitik dan lain-lain.

“Tiada banyak beza artikel versi 2012 dan 2013. Kesilapan berlaku apabila masing-masing menggunakan kuasa untuk menyekat kebebasan bersuara. Pada 2012, IM dan sekutunya menyekat peluang bersuara dan pada tahun ini parti liberal, sekular dan institusi agama rasmi dan Parti Salafi Al Nour mengulangi kesilapan itu," katanya menurut laporan agensi.Menurutnya, kecacatan terbesar tercatat dalam artikel ialah memberi kuasa penuh kepada Presiden dan tentera.

“Artikel membenarkan mahkamah tentera mengadakan perbicaraan ke atas orang awam yang dituduh melakukan ‘jenayah langsung’ dan tentera mempunyai kuasa veto berhubung pelantikan menteri pertahanan bagi tempoh peralihan lapan tahun adalah kesilapan besar,” katanya.

Kini tiada siapa boleh mengubah piagam itu kerana disokong rakyat dan langkah seterusnya menghadapi pilihan raya presiden, Mac ini.


Alami Kekeringan , Muslim California Sembahyang Minta Hujan
Selasa,21/01/2013

WASHINGTON -Warga Muslim dari Lembah San Gabriel di California telah melakukan solat untuk meminta hujan , saat cuaca panas mengenai kawasan mereka. 

" Solat meminta hujan ditujukan untuk mengurangkan kekeringan berterusan sehingga memberikan kesan pada warga California dan hasil pertanian , " kata komuniti muslim San Gabriel.

Solat Istisqa dilakukan selepas solat Zuhur , pukul 1:15 di Islamic Center San Gabriel Valley pada hari Ahad 19 Januari. Solat sama dilaksanakan juga awal bulan ini oleh cawangan Sacramento dari Council on American - Islamic Relationship .

Kemarau telah melanda California tahun ini . Rasa bimbang melanda sebahagian besar petani kerana kemarau melanda ladang mereka . Sejumlah ternakan juga perlu dijual kerana kekurangan air .

Sacramento dan bandar - bandar lain juga telah mengenakan sekatan penggunaan air . Kebimbangan bertambah selepas Gunung Colby meletus Khamis lalu . Pada hari Jumaat , Gabenor California Jerry Brown mengumumkan keadaan darurat dan mendesak rakyat untuk mengurangkan penggunaan air sebanyak 20 % . 

Pejabat Cuaca Nasional minggu lalu mengeluarkan satu ramalan untuk barat daya Amerika Syarikat dan mengatakan adanya keadaan musim kering meskipun saat ini di tengah-tengah muslim sejuk .


Thailand isytihar perintah darurat.
Selasa,21/01/2014

BANGKOK - THAILAND. Kerajaan sementara Thailand mengisytiharkan perintah darurat bagi mengekang demonstrasi oleh kumpulan Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), yang telah menggugat pentadbiran kerajaan serta menjejaskan aktiviti komersil dan kewangan di Bangkok.

Perintah darurat itu akan berkuat kuasa selama 60 hari bermula esok dengan merangkumi kawasan Bangkok, wilayah Nontaburi, daerah Lat Lumkaew di Pratumthani dan daerah Bangphli.

Kemudian, Perdana Menteri kerajaan sementara Yingluck Shinawatra berkata para pegawai polis akan menjadi pasukan utama yang menguatkuasakan dekri darurat itu dan bukannya pihak tentera sebagai langkah mengelak berulangnya tindakan keras terhadap para penunjuk perasaan seperti yang telah berlaku pada 2010.

Demonstrasi 'Shutdown Bangkok' yang masih berterusan anjuran PDRC telah menyebabkan menteri-menteri termasuk Yingluck tidak dapat ke pejabat mereka, malah sesetengah agensi terpaksa memindahkan operasi masing-masing. 

Beberapa hari lepas, dua serangan bom tangan dilakukan terhadap para penunjuk perasaan selain ada petunjuk bahawa senjata dan bom perisikan tentera sedang dipindahkan ke ibu negara ini.

Kerajaan juga berdepan demonstrasi oleh para pesawah, yang kebanyakannya penyokong kerajaan, setelah mereka tidak mendapat bayaran bagi beras yang dijual kepada kerajaan mengikut skim subsidi.

Sesetengah pesawah yang mengadakan demonstrasi itu dilaporkan telah menyertai para penyokong PDRC, yang mahu memaksa Yingluck meletakkan jawatan dan menangguhkan pilihan raya 2 Februari depan.


Semakin Banyak Syarikat di Eropah Memboikot Israel
Rabu,22/01/2014

EROPAH- Syarikat- syarikat Eropah terus melakukan aksi boikot mereka terhadap Israel setelah adanya laporan bahawa dana pencen Belanda ABP merancang untuk mengikuti jejak dana pencen PGGM dalam memotong hubungan mereka dengan bank Israel .

PGGM dua minggu lalu memutuskan untuk menarik diri daripada lima bank besar Israel sebagai bentuk protes atas pembangunan berterusan penempatan haram Yahudi di wilayah Tepi Barat yang diduduki.

Sebelumnya lagi kesatuan ahli akademik AS melakukan aksi boikot terhadap institusi pendidikan Israel pada akhir 2013 lalu. Israel sekarang mengalami kebimbangan bahawa trend boikot akan terus berkembang dan tersebar di seluruh Eropah , terutama dipimpin oleh syarikat - syarikat di Inggeris dan negara - negara Scandinavia .

Kesan dari boikot syarikat Eropah terhadap Israel , menurut laporan telah membuatkan peneroka Yahudi haram di Tebing Barat mengalami penurunan yang ketara dalam pendapatan eksport mereka pada tahun 2013 .


13 Projek Dicanangkan Untuk Wujudkan Madinah Sebagai Ibukota Budaya Islam
Rabu,22/01/14

MADINAH - Gabenor Madinah , Putera Faisal Bin Salman , mengumumkan 13 projek budaya dan akademik kekal yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Madinah sebagai ibu negara kebudayaan Islam. 

Projek - projek tersebut terutamanya hasil dari cadangan-cadangan yang muncul untuk dipertimbangkan semasa pemilihan bandar Madinah sebagai Ibukota Kebudayaan Islam .

Putera Faisal , yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tinggi , mengatakan bahawa projek - projek termasuk Qur'an Oasis , akan membuat Madinah sebagai Pusat Kebudayaan dan Dakwah Islam dengan tumpuan khusus pada kajian Al Quran . The Oasis merupakan sebahagian daripada usaha serius untuk mendapatkan kembali identiti sejarah , budaya dan warisan dari Madinah .

Quba Cultural Center adalah projek lain yang merupakan pusat agama , budaya dan sosial di wilayah Quba . Pusat ini mengandungi muzium , pusat - pusat akademik dan perpustakaan . 

Projek ketiga adalah Madinah Welcome Center , yang akan berguna untuk menyambut para jamaah umrah dan haji , pengunjung dan pelancong di Madinah. Projek - projek lain termasuk mengembangkan Perpustakaan Raja Abdul Aziz dan Perpustakaan Haram , dan pelbagai projek lain .


Menteri Undang-undang Palestin Tuduh Israel Sengaja Jangkiti Tahanan Palestin dengan Penyakit .
Rabu,22/01/2014

RAMALLAH-Menteri Palestin Issa Qaraqe menuduh kerajaan Israel sengaja menjangkiti tahanan Palestin dengan penyakit. 

"Penjara Israel telah sengaja menjangkiti tahanan Palestin dengan penyakit untuk membunuh mereka perlahan-lahan," kata Qaraqe dalam persidangan yang membincangkan tentang tahanan. 

"Bukan rahsia lagi bahawa dalam beberapa tahun terakhir kita telah menyaksikan peningkatan jumlah tahanan yang dijangkiti, khususnya penyakit ganas," tambahnya. 

Qaraqe juga menyebut kerajaan Israel sengaja menahan ubat untuk tahanan Palestin padahal keadaan kesihatan mereka sangat buruk.


Kekejaman rejim Basyar didedah.
Khamis,23/01/2014

DOHA - Rejim Presiden Syria Bashar al-Assad didakwa melakukan kekejaman dan membunuh 11,000 tahanan, menurut satu laporan menggemparkan didedahkan kepada umum, kelmarin.

Pendedahan dibuat berdasarkan pemeriksaan ke atas 55,000 gambar dipercayai diseludup keluar oleh bekas jurugambar polis di negara bergolak tersebut. 

Difahamkan, bukti perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim Bashar tersebut turut memaparkan bukti patologi forensik yang melakukan pemeriksaan ke atas kubur besar di Kosovo sebelum ini.

Menurut Al-Jazeera, bekas ketua pendakwa raya mahkamah khas di Sierra Leone menyifatkan, laporan setebal 31 muka surat itu sebagai kebenaran membuktikan rejim Bashar melakukan pembunuhan kejam secara besar-besaran

Koleksi gambar jelas menunjukkan cara pembunuhan sistematik dilakukan ke atas tahanan. Mereka dibiarkan kebuluran dan diseksa dengan kejam hingga mati.

"Misteri kehilangan ramai penduduk Syria sejak perang saudara tercetus di negara itu kini terjawab," katanya lagi.


Israel Gali Bahagian Selatan Masjid Al Aqsa
Khamis, 23/01/2014

AL QUDS - Yayasan Al - Aqsa berkata pada hari Rabu bahawa kerajaan Israel telah mula penggalian baru hanya beberapa meter dari kompleks Masjid Al - Aqsa di Al Quds untuk membuat jalan bagi sebuah pusat agama Yahudi .

Yayasan yang dibentuk untuk menjaga masjid Al Aqsa dari kemusnahan Israel , memberi amaran bahaya yang ditimbulkan oleh penggalian tersebut , dimana Israel bertujuan untuk menghancurkan laman Islam di kawasan berhampiran Masjid Al – Aqsa.

Dalam sebuah pernyataan , yayasan menegaskan bahawa penggalian Israel terbaru , yang dibiayai oleh organisasi pro - pemukiman Yahudi sayap kanan , sedang dilakukan hanya meter dari gerbang selatan masjid .
Pemerintah Israel tidak pernah secara rasmi membantah adanya penggalian , yang telah bermula dekad yang lalu , dilakukan di bawah tapak suci Islam di bandar Al Quds . Palestin menuduh Israel melancarkan kempen agresif untuk " Yahudisasi " Al Quds , dengan tujuan menghapuskan identiti Arab dan Islam - nya .

Al - Quds adalah Al - Haram Al - Sharif , merupakan tempat suci ketiga bagi umat Islam selepas Makkah dan Madinah . Yahudi mendakwa bahawa dugaan Kuil Sulaiman atau kuil Gunung mereka ada di bawah tempat suci umat Islam itu dan ingin menghancurkannya untuk membina kembali kuil mereka .



Sekian sahaja lintasan berita dunia dalam FRIDAY WRAP kali ini. Semoga segala yang belaku boleh diambil ibrah dalam mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, terima kasih.


“dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. dan cukuplah Dia Maha mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya.”
(Al-Furqan : 58).










Post a Comment

AYAM GONG XI FA CAI

0 comments

Assalamualaikum w.b.t.

Baca tajuk entri pun sudah boleh agak resepi kali ini mesti ada kaitan dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma 31 Januari ini.

Banyak limau mandarin di depan mata?

Bosan makan begitu sahaja?

Marilah cuba resepi yang mudah dan dijamin sedap ini!

Bahan-bahan ( 2 orang makan):-

* 3 potong ayam bahagian dada

* 1 biji limau mandarin

* 3 cheese keping

* 5 sudu kecil soy sauce

* Setengah biji lemon

Cara-cara:-

1. Ketuk ayam supaya semua bahagian menjadi sama rata.

2. Letakkan 2-3 ulas limau mandarin di atas ayam.

3. Kemudian, gulung ayam tersebut bersama-sama dengan limau mandarin tadi.

4. Ambil loyang dan letakkan 5 sudu kecil soy sauce bersama dengan perahan lemon.

5. Susun ayam di dalam loyang dan masak di dalam oven.

6. Apabila ayam sudah cukup masak, letakkan kepingan cheese di atas ayam dan bakar sekali lagi.

7. Bolehlah dimakan bersama dengan nasi ataupun roti.

Selamat mencuba!




Post a Comment

Tawakal Itu Kemudian.

1 comments

Ya. Perkataan ini sering didengari. Kata-kata berkisar tentang tawakal sering juga diungkapkan. Bila mana kita menghadapi sesuatu ujian, bibir ini tak lekang daripada mengatakan, “Tak apalah, aku bertawakal saja kepada Allah. Allah penentu segala” atau “Semuanya Allah dah tentukan, aku tawakal, aku redha”

Begitu mudah diri ini mempergunakan konsep tawakal. Seolah-olah ucapan tawakal itu menjadi ‘last resort’ untuk menyedapkan rasa hati yang gundah gulana. Seolah-olah tawakal ibarat bak mantera atau skrip kehidupan yang diungkapkan setiap kali menghadapi ujian. Tanpa sebarang usaha. Tanpa sebarang keyakinan.

Begitu ramai orang yang menyalahertikan konsep tawakal. Menganggap tawakal itu ialah menyerahkan sebulat-bulatnya kepada Allah tanpa berbuat apa-apa, tanpa berusaha untuk mencari mana-mana yang baik atau yang menyebabkan dan memberikan kebahagiaan. Pendek kata, tawakal itu boleh tanpa perlu ikhtiar, tanpa perlu bekerja ke arah sesuatu yang diharapkan. Hanya perlu meminta, pasti berhasil. Hanya perlu berdoa, pasti dimakbulkan. Sebagai contoh, tidak putus-putus berdoa, “Ya Allah, sembuhkanlah penyakitku” namun tidak pernah berusaha untuk mengubati penyakit diri. Dalam dirinya menganggap, cukuplah aku bertawakal bahawa Allah akan memakbulkan doaku, jika Dia menghendaki penyakitku hilang, maka tentu sihat semula juga. Atau hanya sekadar berdoa “Ya Allah, berjayakanlah diriku dalam peperiksaan” pagi dan petang tanpa sebarang penat lelah. Tidak punya usaha namun mahukan kejayaan dan menganggap tawakal dapat menyelesaikan segala-galanya.

Dan sekiranya panduan tawakkal ini kita ikuti dan kita letakkan dalam kehidupan sehari-hari, nescaya Allah akan memberikan kemudahahan dalam apa jua yang kita bertawakkal kepada-Nya.

Konsep tawakal seperti ini adalah tidak benar. Pada zaman Rasullah s.a.w dahulu pernah diceritakan, bahawa ada seorang sahabat pernah meninggalkan untanya tanpa mengikatkannya pada sesuatu seperti pohon atau yang lain-lain. Lalu baginda RA s.a.w bertanya kepada sahabatnya, “ Mengapa tidak kamu ikatkan? “ Lalu sahabat baginda menjawab,” Saya sudah bertawakal kepada Allah”. RA tampak kurang menyenangi dan tidak bersetuju dengan pendapat sahabat itu, lalu baginda bersabda “Ikatlah dahulu lalu bertawakallah”. Di sini jelas menunjukkan bahawa Islam meggariskan panduan bertawakal untuk meletakkan sesuatu kepada Allah hanya setelah kita berusaha semampunya dalam membuat sesuatu. Dan sekiranya panduan tawakkal ini kita ikuti dan kita letakkan dalam kehidupan sehari-hari, nescaya Allah akan memberikan kemudahahan dalam apa jua yang kita bertawakkal kepada-Nya. Hal ini disebut dalam surah at-Talaq, ayat 2-3 yang berbunyi;


Barang siapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.

Maka, bertawakallah kita kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya dalam melakukan sesuatu. Namun tawakal sahaja tidak cukup. Selarikan tawakal dengan sabar kerana dalam mengejar sesuatu yang diinginkan, perlu ada sifat sabar yang tinggi. Semakin tinggi cita-cita kita, semakin perlunya tinggi sifat sabar dan tawakal itu. Yakinlah kepada Allah. Tinggikan semangatmu dengan peribahasa Arab; man jadda wajadda yang beerti siapa yang berusaha, dia pasti berhasil. Akhir sekali, lengkapkan usahamu dengan doa. Jangan pernah berputus asa dalam berdoa kepada-Nya. Yakinlah bahawa Allah Mendengar,
Melihat dan Mengetahui. Sekiranya sesuatu itu baik untuk diri kita, insyaAllah pasti akan Dia makbulkan, sekiranya tidak, janganlah kita risau dan bersedih hati. Anggaplah ini sebagai ujian supaya kita lebih tinggi sifat sabarnya dan lebih berusaha ke arah sesuatu itu pada masa akan datang. Dengan ini, sabarlah menghadapi musim imtihan. Bertawakallah kepada-Nya setalah dicurahkan segala usaha semampunya dan berdoalah semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Yakinlah, di sebalik setiap kesusahan pasti ada kemudahan.

WAllahualam.


1 comment

Post a Comment

POSITIFKAH ANDA HARI INI ?

0 comments


Bagaimana dengan hari anda hari ini? Adakah kita telah lalui hari kita dengan sikap yang positif atau kita sekadar menempuh hari ini dengan aura negatif?

Benar, sikap yang positif itu bukanlah ibarat benda yang boleh kita beli di pusat membeli belah. Sikap positif itu juga bukanlah ibarat satu video tutorial di laman Youtube yang mampu kita tonton dan aplikasi kan dalam hidup kita.

Pernahkah anda mengenali mana-mana individu yang positif? Mereka sentiasa optimis, ceria dan bertenaga. Sudah pasti tertanya-tanya di dalam benak pemikiran bagaimana caranya untuk menjadi seperti mereka. Percayalah semuanya tentang sikap kita sendiri.

Change your thoughts and you can change world.

Siapa di sini yang tidak mahu mulakan hari mereka dengan sikap positif. Pasti sahaja jika soalan seperti “Siapa mahu menjadi orang yang positif” diajukan, pasti semua orang akan mengangkat tangan mereka. Jadi bagaimana mahu menjadi positif? Tidak adakah peta yang mampu menunjukkan jalan kearah orang yang positif?

Mungkin peta seperti itu tidak wujud didunia ini. Tapi mungkin 5 tips ini mampu membawa kita ke jalan yang dipenuhi dengan aura positif.

1. Mulakan dengan doa

Mari kita sentiasa mulakan hari kita dengan doa. Doakan hari ini kita dapat lalui dengan sikap yang positif.

2. Jangan terlalu berfikir akan benda yang tidak pasti

Tahukah anda bahawa hari ini adalah milik anda. Jangan biarkah kebimbingan mula meragut ketenangan hati. Kita harus fokus tentang hari ini dan bangun dengan niat untuk mulakan hari dengan perkara yang baik.

3. Marilah kita buat andaian yang kita akan temui orang yang baik hari ini.

Elakkan berprasangka buruk kepada orang lain. Percayalah bahawa semua orang mahu disukai. Jadi buangkan lah semua prasangka buruk tentang orang lain. Prasangka buruk ini hanya membuatkan diri kita penuh dengan aura negatif

4. Bersyukur

Ambil masa sejenak untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita patut bersyukur bahawa kita adalah diri kita dan bersyukur akan kehadiran orang-orang disekeliling kita. Daripada kesyukuran itu sendiri akan tumbuh bibit-bibit positif dalam diri kita yang lebih menghargai tentang sesuatu.

5. Senyumlah wahai sahabatku.

Percaya atau tidak senyuman itu sebenarnya satu penyakit yang berjangkit. Senyumlah kerana dengan senyuman insyAllah kita mampu hindari perkara buruk. Senyumlah meskipun kita tidak mempunyai sebab untuk tersenyum. Dengan senyuman kita mampu menjadi lebih positif.

Seperti kata ustaz Pahrol,“Bukan apa yang dilihat, tetapi bagaimana kita melihatnya”

Jadi mari kita lihat diri kita sebagai seorang yang positif. Jika kita terasa putus asa, sematkan lah didalam hati kata-kata ini “I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work”.

Mari kita harapkan hari seterusnya dipenuhi dengan perkara yang positif. Saya positif bahawa saya adalah orang yang positif!



Wallahua'lam



Post a Comment

USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG:BILA HIDAYAH NAK DATANG?

0 comments

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, penulis masih diberikan kesempatan untuk mengukir nukilan dalam blog Azam Russia ini, blog yang cukup interaktif dan menarik serta padat dengan pengisian yang bukan biasa-biasa tetapi luar biasa. Selain entri-entri yang mampu menajamkan minda, sajian untuk hati juga banyak diselitkan bahkan merupakan antara prioriti blog ini. Maklumlah, kita semua hanyalah insan dan hamba, yang saiznya kecil cuma, yang sentiasa tercari-cari. Apa yang dicari? Tepuk dada tanyalah selera, soal iman. Lantaran itu adalah penting untuk hati ini dijaga kerana zatnya yang sangat sensitif dan lemah lantas memerlukan pengawasan dan perhatian yang lebih serius kerana apabila hati ini sudah gelap, susah nak bersihkan. Namun, tidak mustahil jika daya itu ada di samping dengan keizinanNya.

Bulan Januari di bumi Russia ini adalah bulan yang cukup menarik. Dimulakan dengan cuti yang panjang pada awal tahun baru, diikuti sesi kuliah selama beberapa ketika dan seterusnya disusuli dengan imtihan yakni peperiksaan sebelum cuti kembali bersambung yang lazimnya diisi dengan jaulah, boleh dikatakan agak banyak masa lapang yang mungkin terlalu lapang untuk diluangkan bagi penulis. Masa percuma yang Allah bagi ini sempat penulis luangkan untuk menonton filem mahupun ceritera yang bukan sahaja menjadi peneman dan penghibur malah menjadi 'pengajar'.

Untuk entri pada kali ini, penulis agak berminat untuk mengulas sebuah filem yang dihasilkan oleh industri perfileman negara kita sendiri. Mungkin ramai yang sudah menyaksikan dan menonton filem ini jadi tidak salah jika diri penulis ini dilabel sebagai agak 'outdated'. Namun, penulis percaya ada juga individu yang lagi outdated dari penulis. :P

Ustaz, mu tunggu aku datang.



Menyentuh sinopsis cerita komedi-Islamik ini, secara ringkas ianya berlatarkan dua orang sahabat karib, Dadu dan Muiz, yang dilakonkan oleh Shahrol dan Ajak Shiro Raja Lawak. Mereka boleh dianggap sebagai agak kekurangan ilmu di dalam hal yang berkaitan dengan agama. Kejahilan kedua-dua watak ini digambarkan menerusi dialog yang dituturkan dan bukannya dengan lakonan. Persoalan berkenaan sejauh mana kejahilan mereka hanya boleh diimaginasi berdasarkan kata-kata yang disampaikan. Kemunculan sepupu Dadu iaitu Hamzah membuatkan mereka berdua insaf dan ingin berubah. Nasihat yang diberikan Hamzah, yang dahulunya gemar berhibur sebelum mendapat tarbiyah, cukup memberikan impak kepada jiwa mereka. Mungkin sedikit pantas ritma cerita ini yang membawa mereka ke titik kesedaran untuk berubah tetapi pada saat inilah basis plot cerita ini bermula menerusi pengenalan watak Ustaz Azhar Idrus. Dadu dan Muiz berhasrat untuk hadir secara langsung ke ceramah Ustaz Azhar Idrus namun pengembaraan mereka tidak lekang dengan cabaran. Pelbagai ujian terpaksa mereka lalui seperti motor kehabisan minyak, bertemu penjenayah tanpa sedar dan sebagainya.

Penulis tidak mahu menyajikan sepenuhnya plot cerita ini kerana takut menjadi spoiler kepada pembaca yang masih belum menonton filem ini lagi.

Filem ini diarahkan oleh Pierre Andre, salah seorang pengarah yang cukup tersohor di negara Malaysia. Media-media tabloid pernah menerbitkan artikel tentang penghijraan Pierre Andre yang mahu memfokuskan karya perfilemannya kepada elemen Islamik. Alhamdulillah. Filem ini merupakan antara gerak usaha beliau dalam menyebarkan dakwah menerusi lakon layar.

Secara amnya, filem ini disampaikan menerusi komedi dan humor. Oleh sebab itulah pelakon-pelakon dari kumpulan Shiro direkrut untuk membintangi cerita ini kerana genre dan origin lakonan yang berkonsepkan lawak dan jenaka. Bak kata orang, kenalah pilih pelakon yang sesuai barulah penonton boleh gelak.

Dari lensa penulis

Mutu dan kualiti lakonan watak-watak di dalam filem ini boleh penulis sifatkan agak baik dan memuaskan. Penulis bukanlah pelajar bidang perfileman mahupun ahli akademi Oscar yakni pengkritik yang cukup arif dalam menilai kualiti, sinematografi, lakon layar, mahupun scoring sesebuah filem. Lantaran itu, penulis tidak mahu menumpukan kepada aspek-aspek teknikal filem ini kerana ada pihak yang lebih mahir dalam memberikan kritikan. Namun begitu, sebagai penonton biasa, apa yang boleh penulis rumuskan adalah masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dari segi mutu penghasilan filem dan penjiwaan watak supaya lebih tertusuk hati-hati yang dahagakan tarbiyah. Penyampaian humor dan jenaka agak menjadi dan berjaya untuk mencuit hati penulis namun tidak lekang juga babak-babak yang menimbulkan rasa janggal kerana pembawaan yang agak trying too hard dan kurang berkesan terutamanya yang melibatkan emosi melankolik dan sentimental. Mungkin boleh dimaafkan. Dan babak semasa nama Nora Danish disebut untuk mengalihkan perhatian agak merimaskan.
Trivia: tidak ada pelakon perempuan di dalam filem ini . Saya yakin, para pembaca faham apa yang penulis cuba sampaikan.

Ibrah
Terdapat pelbagai ibrah yang boleh diambil daripada cerita terbitan MIG Pictures ini.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." (Surah Al-Baqarah : ayat 214)
Dadu dan Muizz menghadapi pelbagai kesukaran di dalam perjalanan mereka. Cabaran ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji sejauh mana tulus dan ikhlasnya hati mereka disandarkan pada Allah. Bukan calang-calang ujian yang mereka dapat. Tetapi, jika niat itu adalah keranaNya dan baik, dan di dalam cerita ini untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus (siapa tak kenal kan), insya Allah akan turun pertolongan yang tidak dijangka sama sekali. Sedangkan orang yang baru nak berubah pun ditimpa dengan ujian berat, apatah lagi mereka yang sudah sedar tentang peranan mereka. Kuncinya adalah sabar dan tawakkal.

“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan cara hikmah dan nasihat yang baik..” (Surah An-Nahl : 125)

Mesej dakwah juga merupakan antara tema yang menjadi latar kepada perjalanan filem ini. Seawal 5 minit pertama cerita ini lagi penonton sudah disajikan dengan tarbiyah yang disampaikan oleh jemaah tabligh. Di samping itu, tazkirah yang disampaikan oleh Dadu dan Muizz semasa berada di dalam lokap juga wajar dipuji memandangkan mereka baru sahaja mendapat religious awakening. Kita mungkin tidak tahu apa resepsi mahupun penerimaan masyarakat tetapi sekurang-kurangya kita menyampaikan dan berkongsi dengan mereka yang tidak tahu.

"Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. Macam makanan, kalau tak suap ia tak masuk sendiri ke dalam mulut.." - Ustaz Azhar Idrus.
Nota: Statement diatas dipetik dari ceramah UAI, bukan dialog yang dituturkan oleh UAI dalam cerita ini.

Benar, hidayah perlu dicari. Hidayah itu milik Allah dan Allah berhak untuk memberikannnya kepada sesiapa yang dikehendaki tetapi tidak bermaksud kita hanya perlu duduk menonton TV dan menunggu ianya sampai kepada kita secara magikal tanpa perlu berusaha. Dadu dan Muizz cukup bertuah kerana dipertemukan dengan individu-individu yang menyampaikan kebenaran kepada mereka tanpa mereka sedari. Namun, hati mereka terus-menerus membutuhkan lebih pencerahan dan pengisian seterusnya membawa mereka ke dalam misi untuk mendengar kuliah UAI.

Penulis yakin, ada banyak lagi ibrah yang boleh diekstrak menerusi kanta perspektif masing-masing. Sememangnya filem ini agak kaya dengan pengajaran meskipun banyak ruang yang boleh ditambah baik. Penulis sedikit kecewa dengan ciri-ciri Islamik stereotype yang disampaikan. Apabila berbicara tentang Islam dan tarbiyah, seringkali penampilan berserban dan berjubah muncul di minda bagi mereka yang belum mengenal Islam sepenuhnya. Islam itu sebenarnya adalah lebih luas daripada unsur-unsur stereotype yang kita sedia maklum. Diharapkan Pierre Andre ataupun pengarah-pengarah lain di luar sana yang mempunyai visi dan misi dalam menyampaikan dakwah mampu mempolopori konteks Islamik dengan lebih luas dan bukannya hanya bergantung kepada yang tipikal dan klise sahaja. Sekurang-kurangnya stigma ini boleh diubah. Selain itu, industri seni negara kita masih bermain di paras selamat seperti yang dilakukan di dalam filem ini. Penulis masih menanti filem-filem Islamik mega yang mampu mencetus gagasan pemikiran seperti yang banyak dihasilkan di negara Indonesia.

Penulis merekomen para pembaca untuk menonton filem ini andai berkesempatan. Mungkin anda mempunyai idea yang berbeza berbanding dengan ulasan ini namun bukankah itu perkara baik kerana sekurang-kurangnya kita mampu menggunakan minda mencernakan sesuatu berlunaskan pemahaman individu? Wallahualam...

Akhir kata, memetik salah satu dialog di dalam filem ini, bolehkah kita jamin esok masih ada?
p/s: Kemunculan UAI adalah cukup singkat dan bukan yang seperti penulis jangkakan.


Post a Comment

Modul Gerbang Mahligai Sakinah Part 3

0 comments
Bismillahirahmanirrahim 
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda .
InshaAllah 
Kuliah Baitul Muslim bersama UmmuAtifah pada minggu seterusnya .

Modul Gerbang Mahligai Sakinah ( Part 4 )
Tarikh : 20 Jan 2014
Masa : 5.30pm-7.30pm (waktu rusia)
9.30pm-11.30pm (waktu malaysia)

Boleh add id
Paltalk : moderator_kuliah


Kuliah Modul Gerbang Mahligai Sakinah merangkumi beberapa aspek tersebut : 

1. Asas-asas pra perkahwinan 
2.Adab dan batas pertunangan 
3.Malam pengantin an tips sunnah pernikahan ( 1 minggu sebelum pernikahan - KHAS )


Jom dengar jom!
Jangan ketinggalan mengikuti kuliah baitul muslim yang disampaikan oleh Ummu Atifah.


Anda terlepas mengikuti kuliah baitul muslim minggu lepas ?



Kami susulkan anda sedutan daripada kuliah baitul muslim Modul Gerbang Mahligai Sakinah (Part 3) 

di sini yang bertajuk  "Tujuan dan fungsi institusi kekeluargaan dalam Islam menurut Al-Quran dan As-Sunnah"





SIFAT-SIFAT IBADURRAHMAN

InsyaAllah kuliah kali ini membincangkan tentang ibadurrahman, dalam surah Al-Furqan, 25: 63-77. Allah berfirman:

Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka (dengan kata-kata yang hina), mereka mengucapkan kata-kata yang baik.

Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.

Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahanam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal“.
Sesungguhnya Jahanam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.

Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya).

(Yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina.

Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.

Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.

Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.

Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.

Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam surga) karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
Mereka kekal di dalamnya. Surga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.

Katakanlah (kepada orang-orang musyrik): “Tuhanku tidak mengindahkan kamu, melainkan kalau ada ibadatmu. (Tetapi bagaimana kamu beribadat kepada-Nya), padahal kamu sungguh telah mendustakan-Nya? Kerana itu kelak (azab) pasti (menimpamu)”.
(Surah Al-Furqan, 25: 63-77)

Di sini, Allah memberitahu apakah dia ciri-ciri ibadurrahman (hamba kepada Allah yang Maha Pengasih). Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita, menilai semula, adakah kita mempunyai ciri- ciri yang disebut Allah ini? Marilah kita berusaha untuk mencapainya agar dapat menjadi ibadurrahman yang sebenar.


Kami susulkan pautan untuk rakan-rakan mendapatkan nota kuliah penuh dibawah  Insha Allah


Selamat membaca dan berusaha mencari keredhaan Allah swt dan juga untuk memiliki sifat-sifat ibadurrahman. Ingatlah janji Allah , 

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami ,
Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.
Dan sungguh ,Allah berserta orang-orang yang berbuat baik".  

[Al-Ankabut : 69 ]

wallahu'alam..


Post a Comment