MOSCOW | Program Orientasi Pelajar Baru 2013

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t

" Allah tidak menghendaki untuk menjadi kesukaran bagi kamu tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagimu supaya kamu bersyukur" (Al-Maidah: ayat 6)

15 Disember 2013-Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya satu Program Orientasi Pelajar Baru yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia telah berjaya diadakan. Pihak Azam Russia turut serta dijemput untuk memberi sedikit perkongsian berkenaan Fiqh Luar Negara melalui slot Bicara Bumi Cinta. 






Program orientasi bermula dengan pengenalan tentang persatuan-persatuan yang terdapat di bumi Russia iaitu Azam Russia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia,Kumosc, dan juga Malaysian Fellowship. Seterusnya, pihak Kedutaan telah memberi pendedahan tentang hal-hal berkaitan visa, pasport dan juga maklumat keselamatan kepada para pelajar. 





Melalui slot Bicara Bumi Cinta pihak Azam Rusia telah memberi sedikit kefahaman kepada semua pelajar tentang rukhsah dalam beribadah bagi memudahkan mereka untuk mengamal serta menegakkan syiar Islam di Russia. Antara perkara yang dibincangkan adalah : 

1. Thaharah (Isu pemakaian khuf, isu ajing dan khinzir sebagai najis) 
2. Solat (Isu solat Jamak, Qasar, Jumaat) 
3. Makanan (Halal haram dalam pemakanan, makanan di restoran bukan Islam)
 4. Ikhtilat ( Pergaulan antara lelaki dan perempuan)

Seterusnya program diteruskan dengan pengenalan tentang Azam Russia kepada pelajar tahun satu. Azam Rusia merupakan satu pertubuhan yang sentiasa ingin bersama masyarakat bagi menyelusuri kehidupan dalam mencari redhaNya. Program diakhiri dengan ucapan oleh pihak kedutaan Malaysia.

Alhamdulillah, segala aktiviti berjalan dengan lancar dan banyak memberi kefahaman dan penjelasan tentang isu fiqh luar negara yang selalu menjadi masalah kepada pelajar muslim yang berada di luar negara. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak kedutaan kerana memberi peluang kepada Azam Russia untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu kepada para pelajar. Terima kasih juga diucapkan kepada para pelajar yang telah menghadiri program kali ini. Akhir kata,sesungguhnya Islam adalah agama yang tidak membebankan. Rukhsah dalam beribadah adalah hadiah daripada Allah s.w.t kepada hambaNya. Maka hendaklah kita bersyukur dengan pemberian Allah ini dan menggunakannya dengan sebaiknya. Islam itu mudah,namun jangan kita permudahkannya. 












 Wallahu'alam


Post a Comment