Sambutan AidilAdha 2013

0 comments
[MOSCOW]

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, pada 20 Oktober 2013 bertempat di Kedutaan Besar Malaysia, satu Program Sambutan Aidiladha anjuran AZAM Russia Moscow dengan kerjasama pihak kedutaan telah dilaksanakan dengan begitu lancar dan meriah sekali. Program korban ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk melakukan ibadah korban dengan meyediakan 2 projek iaitu Projek Sedekah Ba'd dan Projek Kurban Kull. Penyertaan dari para pelajar yang sangat memberansangkan telah berjaya mengumpulkan 18 ekor kambing dan 1 ekor lembu.

Program dimulakan pada pukul 9 pagi dengan acara gotong-royong memotong daging bagi pelajar lelaki manakala memasak bagi pelajar perempuan dan diikuti dengan solat zohor berjemaah berserta tazkirah yang bertajuk pengorbanan dari saudara Ansari selaku wakil AZAM Russia. Selepas itu, program bersambung dengan jamuan raya dan diakhiri dengan pembahagian daging korban oleh pihak kedutaan kepada setiap orang pelajar yang datang. Para pelajar bersurai pada pukul 3 petang selepas tamat sesi pembahagian daging.



[ST. PETERSBURG]

Pada 19 Oktober 2013, MESSP bersama KUSP telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidiladha 1434H/2013M bertempat di dewan makan КВЦ, Ulianka yang telah melibatkan semua pelajar Malaysia di Saint Petersburg. Majlis ini diadakan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara pelajar baru dan lama serta bertujuan untuk bersama-sama meraikan aidiladha.

Tepat pukul 11 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ammar Bin Alam Faizli. Majlis diteruskan dengan sesi berkenalan bersama pelajar Tahun Satu yang seramai 6 orang dan disusuli ucapan daripada presiden MESSP, Muhammad Luqman Bin Mohamad. Para pelajar kemudiannya dijamu dengan pelbagai jenis juadah yang telah disediakan. suasana majlis begitu meriah ditambah pula sesi fotografi untuk setiap batch. Majlis bersurai pada pukul 1.30 petang setelah gotong-royong membersihkan kawasan majlis siap dilakukan dengan jayanya.




Pihak AZAM Russia berharap agar sambutan-sambutan Aidiladha yang dijalankan ini mampu memberi kesan dan penghayatan kepada semua pelajar untuk menghayati dan merasai dengan lebih mendalam erti pengorbanan seterusnya diterapkan dalm kehidupan seharian sebagai seorang pelajar muslim. Jazakumullah khairan katsira kepada semua yang menjayakan setiap program ini dilokaliti masing-masing. 

"Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikian Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik."[22:37]





Post a Comment