Pengorbanan Menuntut Keredhaan Ilahi.

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Untuk mencapai sesuatu pengorbanan dengan penuh keikhlasan memerlukan sesuatu yang dapat menyentuh jiwa.Setiap pengorbanan, ada Yang Mengetahui.Setiap pengorbanan ada Yang Meredhai.Bermula dengan niat, setiap langkah dan harapan.Kadang-kadang, dalam erti sebagai seorang manusia,kita mengharapkan balasan yang setimpal dengan setiap pengorbanan.

Tangan di atas lebih mulia. [Kredit]
 Hidup ini diibaratkan seperti roda bukan?Kadang-kadang kita berada di bawah,dan kadang-kadang kita berada di atas.Sama juga seperti kadang-kadang kita perlu menjadi yang memberi dan kadang-kadang kita terpaksa menjadi yang menerima.Kita dari pihak yang memberi, tidak kisahlah sama ada dalam bentuk tenaga, masa, wang ringgit, idea, suara, kasih sayang dan sebagainya.

 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga."
(Al-Baqarah : 111)

"Kebaktian itu bukan hanya menghalakan mukamu ke timur atau barat, tetapi kebaktian ialah mereka yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab suci, nabi dan memberi harta yang disayanginya kepada kaum kerabat, anak yatim, fakir miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, orang meminta bantuan, membebaskan hamba abdi, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan janji apabila mereka berjanji. Merekalah orang yang benar-benar berbakti dan merekalah orang yang benar-benar bertakwa.

"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; setiap tangkai mengandungi 100 biji dan ingatlah setiap tangkai pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya."
(Al-Baqarah: 261)

Jom kita berlumba-lumba dalam kebaikan. Fastabiqul khairat. [Kredit]
Jom mainkan peranan kita sebagai pemberi kerana pulangan Allah SW itulah yang terbaik.Jom jadi orang yang bukan memeluk tubuh sendiri,tapi cuba menjadi insan yang kisah akan kepentingan orang sekeliling kerana itulah yang terbaik pada pandangan Allah.

Wallahu'alam.



Post a Comment

Kedai Halal di Rusia

0 comments


Bismillah..
Assalamualaikum wbt :)

Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: 'Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."
[Imam Bukhari dan Muslim]


Mari kita mengenal kedai halal di lokaliti anda !

~MOSCOW~

Kedai : Донер Кебаб (Doner Kebab)

Lokasi : Metro Fruzenskaya

Panduan : Dari Metro Fruzenskaya, ke kiri (menuju ke Burger King) . insyaAllah lokasi kedai ini dalam perjalanan menuju ke Rektorat dan Pejabat Dekanat MSMU. Kedai halal ini akan berada di sebelah kanan anda !

Penerangan : apa yang menarik di kedai halal ini adalah Shaurma ! para pelajar boleh membuat pilihan untuk membeli di sini jika anda dalam perjalanan ke kelas di Fruzenskaya dan juga sebagai bekalan makanan di sepanjang hari. Harga shaurma di kedai ini amat berpatutan. Jadi, tak rugi kalau beli 

Донер Кебаб : membeli sebelum ke kelas~


Kedai : от души ( ot dushi, dari hati )

Lokasi : Metro Sportivnaya

Panduan : Dari Metro Sportivnaya, ke kanan sehingga berjumpa simpang tiga. Lintas jalan, terus ke hadapan ( di kanan anda akan nampak kedai runcit 24 jam dan kedai Subway). Belok ke kanan dan ke hadapan sedikit (ot dushi di sebelah kanan insyaAllah)

Penerangan: Pelbagai juadah makanan menanti anda ! Di kedai halal ini ada menjual Plov, Lagman, Sosiski, Samsa, Pizza, Shaurma dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda, harga makanan di kedai ini juga berpatutan dan para pekerja kedai ini amat baik dan peramah. 

~от души~

Kedai : Артык Ажы

Lokasi : Улица Космодемьянская, дом 8a

Panduan : Kalau dari stesen Войковская, naik tramvai no.30/27, berhenti dekat остановка sebelah Акедемия Управления. Perhatikan sebelah kanan anda semasa dalam perjalanan ke остановка tersebut dan anda akan melihat sebuah kedai seperti Cottage. Ha, itulah kedai halal Артык Ажы.

Penerangan : pelbagai hidangan yang menarik dengan harga yang berpatutan antaranya adalah Plov Uzbek, Nasi Putih dgn Kotleta Ayam, Sup Cuchvara + roti, dan teh ( chai ). 

Артык Ажы


~VOLGOGRAD~

Kedai : Restoran Halal Chaihana

Panduan : Dengan menaiki tramvai nombor 10 dari ‘Detskii Centre’ serta masyrut 110 dari stesen bus Sovremennik, perjalanan hanya mengambil masa 25 minit sahaja. Tambahan pula kini terdapat megamall Ashan yang berdekatan.

Penerangan : Restoran halal ini telah beroperasi lebih dari 5 tahun dan masih bertahan hingga hari ini. Walaupun kedudukan restoran ini agak jauh dari ‘centre’ , namun akses kemudahan awam yang mudah terutama tramvai dan masyrut untuk ke restoran ini menyebabkan restoran ini kekal menjadi pilihan nombor satu para pelajar Malaysia lebih-lebih lagi apabila hujung minggu, cuti umum dan juga hari perayaan. Restoran ini seringkali juga menjadi tempat untuk berdiskusi mengenai pelajaran, usrah dan meraikan hari lahir. Suasana yang kondusif dan tenang menjadi plus faktor lagi bagi restoran ini.

Antara menu utama yang disediakan ialah lagman, plov, biglunch, samsa dan banyak lagi menu yang enak-enak berasaskan daging lembu/kambing serta ayam. Harganya pula sangat berpatutan dari serendah 35 rubles hingga 130 rubles bagi sebuah hidangan. Istimewa lagi apabila teh(chai) dihidangkan secara percuma kepada para pelajar Malaysia dan sering juga mendapat diskaun dari pemilik restoran ini yang bernama Bakhtiar.

Alhamdulillah, rezeki :)
Lagman :)


~SAINT PETERSBURG~


Kedai : Pесторан Hавруз
Lokasi :Санкт-Петербург, Ленинский пр., д. 125 (ресторан навруз)
Panduan :dari metro leninskiy prospek jalan ke kiri.Lalu переход dan straight je sampai ke restoran.
Penerangan : Mempunyai pelbagai juadah yang menarik + menyelerakan dan insyaAllah kesemua makanan itu Halalan Toyyiban :)
makan-makan sambil usrah. mungkin ?

Pесторан Hавруз - pandangan hadapan

Renungkan : Apa yang kita makan dan minum akan memberi kesan kepada hati kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama aware apa yang kita makan dan minum terutamanya apabila kita membeli makanan di luar. Yang halal , kita makan. Dan yang haram dan syubhah ( samar-samar, tidak jelas halal dan haram ) kita jauhkan.

p/s : ada banyak lagi kedai halal, bukan ini sahaja tau :)


Post a Comment

Kasih Sayang Allah

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kasih sayang Allah melimpah ruah.

Pandanglah langit Ilahi dan engkau akan ketahui jawapannya. [Kredit]
Rasulullah SAW pernah duduk bersama para sahabat, lalu baginda SAW ternampak seorang wanita ke hulu ke hilir mencari anaknya. Setiap anak kecil yang dijumpai disangkakan bahawa itulah anaknya. Namun, bilamana dia sedar bahawa itu bukan anaknya, dia pun kembali bersedih. Kemudian, apabila wanita akhirnya bertemu dengan anaknya, dia terus mengangkat lalu memeluknya erat.

Rasulullah SAW pun bertanya kepada para sahabat, 'Adakah kamu fikir wanita ini akan sanggup mengangkat lalu mencampakkan anaknya ke dalam api?' Sahabat menjawab, 'Tidak, tidak mungkin dia berlaku sedemikian.' Rasulullah SAW bersabda, 'Sesungguhnya Allah lebih kasih kepada makhluk-makhluk ciptaanNya daripada wanita ini kasih kepada anaknya'.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda, 'Tuhan menciptakan rasa kasih sayang itu 100 bahagian. (Sebanyak) 99 bahagian daripadanya disimpan-Nya di sisi-Nya. (Hanya) satu bahagian (kasih sayang) sahaja yang diturunkan-Nya ke dunia. Dengan kasih sayang satu bahagian (itulah) para makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda pun mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.'

Wanita tadi tidak mungkin mencampakkan anaknya ke dalam api kerana kasih sayangnya terhadap anaknya. Kuda pula mengangkat kakinya kerana takut terpijak anaknya.

Bayangkan, semua ini berlaku hanya dengan 1 bahagian daripada kasih sayang Allah.
Maka fikirkanlah, bagaimana pula dengan 99 lagi bahagian kasih sayang Allah yang Allah simpan disisinya? Pasti ianya jauh lebih hebat daripada apa yang kita mampu untuk bayangkan.

Dan Rasulullah SAW sendiri telah bersabda bahawa sesungguhnya Allah lebih kasih kepada makhluk-makhluk ciptaanNya daripada kasih wanita tadi kepada anaknya. Maka tanyalah pada diri, bagaimana pula kasih kita kepada Allah?

Semoga kasih sayang kita kepada Allah dan Rasulullah SAW melebihi segala-galanya. Semoga kita semua sentiasa berada dalam kasih sayangNya di dunia dan di akhirat. Semoga Allah redha dengan kehidupan kita di dunia dan di akhirat. AllahummaAmiin.

Sekadar muhasabah. [Kredit]
WAllahualam.


Post a Comment

Sambutan AidilAdha 2013

0 comments
[MOSCOW]

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, pada 20 Oktober 2013 bertempat di Kedutaan Besar Malaysia, satu Program Sambutan Aidiladha anjuran AZAM Russia Moscow dengan kerjasama pihak kedutaan telah dilaksanakan dengan begitu lancar dan meriah sekali. Program korban ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk melakukan ibadah korban dengan meyediakan 2 projek iaitu Projek Sedekah Ba'd dan Projek Kurban Kull. Penyertaan dari para pelajar yang sangat memberansangkan telah berjaya mengumpulkan 18 ekor kambing dan 1 ekor lembu.

Program dimulakan pada pukul 9 pagi dengan acara gotong-royong memotong daging bagi pelajar lelaki manakala memasak bagi pelajar perempuan dan diikuti dengan solat zohor berjemaah berserta tazkirah yang bertajuk pengorbanan dari saudara Ansari selaku wakil AZAM Russia. Selepas itu, program bersambung dengan jamuan raya dan diakhiri dengan pembahagian daging korban oleh pihak kedutaan kepada setiap orang pelajar yang datang. Para pelajar bersurai pada pukul 3 petang selepas tamat sesi pembahagian daging.



[ST. PETERSBURG]

Pada 19 Oktober 2013, MESSP bersama KUSP telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidiladha 1434H/2013M bertempat di dewan makan КВЦ, Ulianka yang telah melibatkan semua pelajar Malaysia di Saint Petersburg. Majlis ini diadakan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara pelajar baru dan lama serta bertujuan untuk bersama-sama meraikan aidiladha.

Tepat pukul 11 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ammar Bin Alam Faizli. Majlis diteruskan dengan sesi berkenalan bersama pelajar Tahun Satu yang seramai 6 orang dan disusuli ucapan daripada presiden MESSP, Muhammad Luqman Bin Mohamad. Para pelajar kemudiannya dijamu dengan pelbagai jenis juadah yang telah disediakan. suasana majlis begitu meriah ditambah pula sesi fotografi untuk setiap batch. Majlis bersurai pada pukul 1.30 petang setelah gotong-royong membersihkan kawasan majlis siap dilakukan dengan jayanya.




Pihak AZAM Russia berharap agar sambutan-sambutan Aidiladha yang dijalankan ini mampu memberi kesan dan penghayatan kepada semua pelajar untuk menghayati dan merasai dengan lebih mendalam erti pengorbanan seterusnya diterapkan dalm kehidupan seharian sebagai seorang pelajar muslim. Jazakumullah khairan katsira kepada semua yang menjayakan setiap program ini dilokaliti masing-masing. 

"Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikian Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik."[22:37]





Post a Comment

Friday Wrap ( 18-24 Oktober 2013 )

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Friday Wrap membawakan kepada anda berita-berita semasa dunia pada minggu ini.


Perancis Pertahankan Tentera di Mali Hingga Akhir 2013

18 Oktober 2013

Tentera Perancis di Bourem , Mali utara, 17 Februari 2013

PARIS - Menteri Pertahanan Perancis, Jean Yves Le Drian mengatakan negaranya akan tetap meletakkan 2,000 tentera di Mali sehingga akhir 2013. Perancis melancarkan perang di Mali pada 11 Januari dengan alasan untuk menghentikan kemaraan pejuang di negara itu. Pada 1 Februari , Amnesty International mengatakan telah terjadi pelanggaran berat hak asasi manusia dalam perang Perancis di Mali.

Pasukan PBB di Mali, yang dikenal dengan nama MINUSMA , mengambil alih tugas keselamatan pada bulan Julai dari pasukan Afrika. Bert Koenders , wakil khas PBB di Mali, mengatakan bahawa pasukan penjaga perdamaian harus mempunyai lebih banyak sumber untuk menstabilkan kawasan utara negara Mali.

Awal bulan ini, pemberontak Tuareg dan keturunan Arab mengatakan mereka akan meneruskan rundingan damai dengan kerajaan. Para pemberontak Tuareg, yang berjuang untuk mendapatkan hak autonomi di wilayah utara negara itu, membuat pengumuman pada tarikh 5 Oktober. Perjanjian gencatan senjata ini diantarai oleh negara serantau Afrika, PBB dan Kesatuan Eropah.

Kekacauan di negara Afrika berlaku selepas Presiden Mali Amadou Toumani Toure digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada tarikh 22 Mac 2012.


Arab Saudi Menolak Keahlian DK PBB Secara Mengejut
19 Oktober 2013


RIYADH - Arab Saudi menolak untuk menjadi angota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan alasan dewan tidak mampu mengakhiri perang dan menyelesaikan konflik di Syria. Arab Saudi menang untuk pertama kalinya menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. Namun, kerajaan Arab Saudi kemudian mengatakan pihaknya menolak untuk mengambil kerusi DK PBB sehingga reformasi di dalam perbadanan PBB diperkenalkan.

Kementerian Luar Negeri Saudi kecewa kerana Majlis Keselamatan PBB gagal dalam menyelesaikan tugasnya terhadap Syria. DK PBB membiarkan Presiden Syria Bashar al Assad untuk melakukan kejahatan terhadap rakyat Syria tanpa dikenakan sebarang hukuman.

Kementerian Luar Negeri Saudi juga mengatakan Majlis Keselamatan PBB tidak mampu menyelesaikan konflik puluhan tahun antara Palestin dan Israel. Kementerian Arab Saudi juga mengkritik PBB kerana gagal untuk mengubah Timur Tengah menjadi kawasan bebas senjata pemusnah besar-besaran.


Pemimpin Al Qaeda Desak Mujahidin di Syria Bersatu dan Tegakkan Khilafah Islam
19 Oktober 2013


Ayman al Zawahiri pemimpin tertinggi Al Qaidah yang menggantikan Usamah bin Ladin dalam video terbarunya berbicara tentang konflik  di Timur Tengah, terutama di Syria dan Mesir.

Dalam mesej itu Ayman menganjurkan para pejuang Islam di Syria untuk bersama dalam berjuang menentang rejim Presiden Bashar Asad. Beliau juga mengingatkan para pejuang Islam di Syria untuk segera mengakhiri kerjasama mereka dengan pasukan bukan Islam yang menentang penubuhan Khilafah Islamiyah sewaktu Bashar Asad digulingkan nanti.

Beliau mengulangi mesej bahawa semua Muslim harus bergabung untuk menggulingkan rejim Bashar Asad dan mendirikan Khilafah Islam di Syria. Menurut Ayman dengan berdirinya Khilafah Islam akan membuka jalan menuju " Pembebasan Yerusalem".

"Wahai singa- singa Syam ( Syria ) bersatulah demi tujuan mulia ini. Tinggalkan perpecahan diantara organisasi dengan kesepakatan bersama dan niat baik untuk mendirikan negara Islam yang kuat. Saudara- saudaraku yang berjihad dan berjaga ( ribat ) di Syria, jagalah diri kalian dari perjanjian dengan kumpulan sekular, dari mereka yang ingin menjadi seperti orang Amerika dan ateis dengan mengorbankan kedaulatan Syariah dan hukum- hukum Islam",  berkata Ayman dalam seruannya kepada para mujahidin di Syria.


Gendong Ibu Melakukan Ibadah Haji
21 Oktober 2013


MAKKAH - Seorang jamaah haji berasal dari Pakistan yang berusia 65 tahun membawa ibunya yang sangat tua melakukan ibadah haji di Makkah.

"Saya benar -benar tersentuh apabila saya melihat orang tua itu menggendong ibunya yang sudah tua selama berjam- jam," kata Saif Mohammed Al Qahtani, seorang jamaah haji dari Arab Saudi yang melihat peristiwa ini dalam Akbar Al-Sabq.

"Saya tidak boleh berhenti menangis. Saya sangat tersentuh melihat cinta yang kuat, kasih sayang dan dedikasi beliau untuk ibunya seperti itu."

Merasa takjub dan tersentuh, Al Qahtani meminta untuk mengambil gambar lelaki warga Pakistan itu sewaktu beliau menggendong ibunya bagi menunjukkan kepada penghuni dunia bahawa salah satu ajaran Islam yakni menghargai dan menghormati orang tua amatlah dititikberatkan.


Letupan Bus di Volgograd, Selatan Russia. 6 Maut
22 Oktober 2013



VOLGOGRAD - Satu letupan bom menghentam sebuah bas di bandar Volgograd, Rusia, Isnin ( 21/10), mengorbankan sekurang-kurangnya 6 orang dalam serangan paling maut seperti itu di luar daerah Caucasian Utara yang  bergolak Rusia dalam masa hampir tiga tahun.

Isnin, 4.05 waktu tempatan, bom meletup dalam sebuah bas penumpang di bandar Volgograd dan menyebabkan korban jiwa. Presiden Vladimir Putin, Selasa ( 22/ 10) menuduh musuh -musuh asing menggunakan Islam radikal bagi melemahkan negara Rusia. Putin menyampaikan pidato kira-kira 1,000 km timur laut Volgograd, tempat asal pembunuh berani mati dari Caucasian Utara. Kenyataan ini dikeluarkan sehari selepas kejadian tersebut.

Sebanyak tujuh orang terbunuh dan puluhan yang lagi cedera ketika seorang penyerang berani mati meletupkan dirinya dalam sebuah bas di Bandar Volgograd, Rusia Selatan , kata pihak berkuasa. "Menurut laporan awal, warga Dagestan, Naida Asiyalova (30) meledakkan dirinya. Perempuan ini naik bas di satu perhentian bas dan bom meletup tidak lama selepas dia menaiki bas tersebut," kata Markin. Dia juga mengatakan keterangan tersebut disahkan oleh seorang saksi letupan.

Enam penumpang dan pengebom berani mati maut. 33 orang, termasuk seorang kanak-kanak turut diberi rawatan perubatan. 8  mangsa dilaporkan cedera parah.

Volgograd adalah bandar berpenduduk sekitar satu juta orang terletak 900 km dari tenggara Moscow dan ratusan km dari utara Caucasian dan bandar peranginan Sochi, Laut Hitam, tempat Rusia akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014.

Serangan berani mati sebelum ini telah menyebabkan kematian 37 orang di lapangan terbang Moscow pada Januari 2011 dan dua pengeboman berani mati serentak yang menewaskan 40 orang pada rangkaian kereta api bawah tanah Moscow pada tahun 2010.


Langgar Kesucian Masjid, Rihanna Diusir dari Masjid Sheikh Zayed
22 Oktober 2013


ABU DHABI - Pengawas masjid besar Abu Dhabi mengatakan mereka meminta penyanyi yang terkenal berasal dari Amerika , Rihanna untuk meninggalkan masjid kerana ber 'pose' untuk foto.

Rihanna berkunjung ke masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi sebelum konsertnya pada hari Sabtu (19/10) di bandar itu. Foto-foto yang dipaparkan dipelbagai laman menunjukkan siri gambar Rihanna dengan mengenakan baju hitam dan tudung. Dalam pernyataan yang dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan pada hari Isnin (21/10) bahawa "seorang penyanyi terkenal" diusir kerana melanggar peraturan kesucian masjid. Kenyataan pihak masjid menyebutkan Rihanna berada di kawasan yang sebenarnya dilarang untuk pengunjung.

"Dia diminta untuk pergi sebelum memasuki masjid setelah dia berpose dengan cara tertentu yang tidak sesuai dengan status kesucian tempat ibadah, " demikian kenyataan dari pihak masjid.

Pengelola masjid menyebutkan bahawa para pengawal ingin menjamin bahawa semua pengunjung mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memasuki masjid. Berpose dengan aksi yang  tidak sesuai atau duduk dengan posisi kurang sopan juga merupakan salah satu larangan.


Warga Syria Tidak Mustahil Makan Daging Manusia Akibat Kebuluran
22 Oktober 2013


HAMA - Kestabilan keselamatan di Syria kembali panas, stesen televisyen yang dikutip AFP melaporkan satu kereta meletup di bandar Hama yang dikuasai kerajaan Syria pada Ahad (20/10) dan menimbulkan banyak korban jiwa.

Keadaan ini semakin menyulitkan warga Syria yang menjadi mangsa pertikaian yang telah berlaku hampir dua tahun setengah. Pelarian semakin menderita kerana tempat dan kemudahan yang disediakan sangat minimum. Terutama pelarian-pelarian yang berada di pusat-pusat bandar yang dikuasai oleh pembangkang kerana di bandar-bandar tersebut kerajaan Syria menyekat bekalan makanan dan ubat-ubatan ke daerah yang dikuasai pembangkang .

Para ulama setempat menghimbau kepada masyarakat dunia untuk mengatasi bencana kelaparan hebat yang menimpa Syria. Tidak lama sebelum itu, ulama memfatwakan halal mengambil daging anjing dan kucing bagi mengelakkan kebuluran. Tetapi jika kelaparan dan kekurangan zat terus berlanjutan, adalah tidak mustahil bagi penduduk Syria mula memakan mayat manusia.


Brunei Akan Segera Laksanakan Hudud
23 Oktober 2013


BANDAR SRI BEGAWAN - Sultan Brunei , Hassanal Bolkiah, pada Selasa ( 22/10/2013 ) , mensahkan hukuman syariah di negaranya. "Dengan kasih karniaan Allah, dengan pelaksanaan undang- undang ini, adalah tugas kita kepada Allah dan kerana itu ia wajib dilaksanakan," kata Sultan Bolkiah dalam sebuah pidato.

Hukuman berupa hukuman mati dengan rejam bagi kesalahan seperti berzina, potong tangan bagi pelaku kes curi dan hukuman sebat bagi kesalahan seperti pengguguran bayi dan pengambilan alkohol.

Hukuman ini hanya bagi kaum Muslim di negeri kecil itu sahaja. Hampir 70 peratus warga Brunei adalah Muslim etnik Melayu, yang berjumlah sekitar 420 ribu. 15 peratus adalah etnik Cina bukan Islam diikuti oleh suku-suku asli dan kumpulan lain.


Van Doorn Ingin Bentuk Parti Islam dan Buat Filem Islamik
24 Oktober 2013


MAKKAH - Arnoud van Doorn , bekas ahli politik terkenal anti-Islam telah mengumumkan rancangannya untuk membentuk sebuah parti politik Islam pertama di Eropah beberapa bulan selepas dia memeluk Islam Islam.

"Parti ini akan terdiri daripada sejumlah besar anggota Muslim serta ahli bukan Islam yang bersimpati dengan Islam dan Muslim," ujar Arnoud van Doorn, bekas anggota Parti Kebebasan dimana tokoh kontroversi Geert Wilders memimpin parti ini kepada Saudi Gazette pada Selasa 22 Oktober. Doorn, bekas anggota Parti Kebebasan ( PVV ) telah memeluk Islam awal tahun ini selepas melakukan kajian terhadap Islam.

Dia termasuk pemimpin parti turut menjadi penerbit sebuah filem berjudul 'Fitna' yang mengandungi hinaan terhadap Islam. Namun, setelah protes Muslim di seluruh dunia terhadap filem yag dibuatnya, Doorn mula membaca lebih banyak tentang Islam dan Nabi Muhammad SAW, yang akhirnya membawanya untuk memeluk Islam.

Beberapa hari yang lalu, dia melakukan ibadah haji pertamanya di Makkah di mana dia menyatakan itu semua nagi menebus dosa yang telah dia lakukan. Doorn telah menjelaskan tentang keislamannya kepada ibunya, isteri dan anaknya dan mereka sudah mula memahaminya, Saudi Gazette melaporkan.


Serangan Bom di Iraq Barat, 33 Mati
24 Oktober 2013

Ramadi. 33 orang terbunuh , sebahagian besar daripada mereka adalah polis dalam siri serangan oleh pengebom berani mati dan kumpulan bersenjata di Wilayah Anbar, Iraq Barat. Serangan itu bermula pada Selasa malam, ketika seorang pengebom berani mati meletupkan kereta berisi bahan letupan di sebuah pejabat polis di Bandar Rutba, kira-kira 370 kilometer di sebelah barat Ibu Kota Iraq, Baghdad. 6 anggota polis maut dan 14 orang lagi cedera dalam peristiwa tersebut.

Sementara itu, empat polis maut ketika beberapa lelaki bersenjata menyerang pos pemeriksaan mereka di Rutba, sedangkan dua polis lagi maut dan empat orang cedera dalam satu letupan bom kereta di dekat satu peronda polis di kota tersebut.

Serangan-serangan yang berlaku di wilayah barat itu antara pukul 22.00 waktu setempat ( 03.00 WIB) dan Selasa tengah malam juga mengakibatkan kecederaan terhadap 26 kakitangan polis .

Aksi kekerasan di Iraq mencapai kemuncaknya yang belum pernah terjadi sejak tahun 2008 dan para anggota kumpulan garis keras, termasuk yang punya hubungan dengan al-Qaeda sering mensasarkan pasukan keselamatan Iraq dan pekerja kerajaan yang lain. Empat daripada serangan- serangan itu menghentam sasaran di dalam dan sekitar bandar Rutba, kira-kira 110 km dari sempadan dengan Syria yang diamuk perang saudara itu .

Seorang pengebom berani mati meletupkan satu trak tangki minyak yang membawa bahan letupan ke satu satu pos pemeriksaan polis bandar itu, sementara para anggota kumpulan garis keras yang bersenjata berat menyerang pejabat polis di Rutba dan seorang pengebom lain meledakan sebuah kenderaan di satu pos pemeriksaan di daerah baratnya .

Serangan-serangan itu menyebabkan 18 polis maut dan mencederakan 25 yang lain manakala tiga orang awam juga maut ketika serangan pengebom berani mati yang lainnya meledakan satu trak tangki di satu jambatan barat Rutba.


Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Aku wasiatkan kepada kamu untuk bertakwa kepada Allah; mendengar dan taat (kepada penguasa kaum muslimin), walaupun seorang budak Habsyi. Karena sesungguhnya, barangsiapa hidup setelahku, dia akan melihat perselishan yang banyak. Maka wajib bagi  kamu berpegang kepada Sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapatkan petunjuk dan lurus. Peganglah dan gigitlah dengan gigi geraham. Jauhilah semua perkara baru (dalam agama). Karena semua perkara baru (dalam agama) adalah bid’ah, dan semua bid’ah adalah sesat".
(HR Abu Daud, Tarmizi, Ahmad) 

Sekian sahaja berita pada minggu ini. Semoga bermanfaat.


Post a Comment

Apa Erti Hidup Tanpa Memberi?

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Balasannya hanya dari Allah. [Kredit] 
Apa erti hidup tanpa memberi?
Satu persoalan yang sering berlegar-legar di fikiranku.
Aku berhenti sejenak, menarik nafas untuk bermuhasabah diri sendiri tentang sumbanganku kepada masyarakat. Aku merasakan aku sudah melakukan yang terbaik. Sudah menunaikan hak-hak antara masyarakat di sekelilingku.

Ternyata aku silap. Aku lupa akan sebaris ayat ini,

“Hablu minallah… hablu minnannas.”

Ya! Aku merasa diri sudah melaksanakan tuntutan Ilahi, tetapi alangkah ruginya aku sebenarnya.
Masih ada hak-hak di sekelilingku yang masih menunggu-nunggu untuk aku memberi.

Lalu aku bertanya kepada diri.
Untuk siapakah dan apakah aku hidup di dunia yang fana ini?
Sudah tentu, jawapan sudah tercatat di langit Ilahi.
Ku pandang ke langit, lantas aku disentap lagi sekali.
Adakah ini benar-benar petunjuk Ilahi?

Pernah sekali aku membelek diari, yang saban hari dibiarkan pergi.
Tajuknya berbunyi “Erti hidup pada Memberi”.
Ku lihat sana sini, barangkali cuba untuk menafsir sendiri.
Tidak terdaya aku, lantas ku cuba mengulangi lagi.

Ah, meleset lagi sekali!
Ak terus menyelak helaian demi helaian.
Sehingga Allah beri kefahaman kepada diriku ini.
Sebenarnya, hidup ini hanyalah sekejap sekali.

Apa salahnya lebihkan masa untuk belajar memberi.
Bukan kepada diri sendiri tetapi kepada Sang Pemberi.
Mmberi hak-hak yang wajib dipenuhi.
Dengan penuh rasa syukur kepada Ilahi.

Alangkah beruntungnya kita diberi peluang lagi sekali.
Untuk menghirup udara segar pada waktu ini.
Barangkali terlalu alpa dan sibuk dengan pentas sendiri.
Sehingga terlupa memanjatkan doa kepada Ilahi.

Sila nangis. :'( [Kredit]
Inilah saat kita memberi sebenarnya.
Kerana hidup ini hanya sekali.
Di sana nanti pasti menerima segalanya.
Bukti kecintaan Allah kepada hamba-hambaNya.

Seperti firmanNya dalam surah al-Hadid ayat ke 18:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki
maupun perempuan dan meminjamkan Allah dengan pinjaman
yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka, 
dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.”

Wallahu'alam.


Post a Comment

Sudah Tiba Masanya Untuk Kita Bermuhasabah

0 comments
Assalammualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Masih tak terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya Aidiladha buat semua 
kaum muslimin dan muslimat di luar sana. Bila sebut bulan Zulhijjah, semua orang
akan ingat tentang hari raya haji. 

Dan bila sebut hari raya haji, semua orang pasti akan 
cakap tentang korban serta pengorbanan. 

Dan yang selalu kita nampak, adalah berkaitan 
dengan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Kisah Abdul Mutallib dan Abdullah.

Air mata yang berharga adalah bila kita menangis kerana Allah. [Kredit] 
Mungkin kita terlupa pada pengorbanan Rasulullah kita, terutamanya pada awal 
kerja Nabi dijalankan, ketika Nabi Muhamad S.A.W keluar dari rumah dengan 
baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan 
beliau dipukul orang, disepak terajang dan dibaling batu serta najis.

Dari celah daun pintu Fatimah R.A anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya 
yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, 
namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beliau menyampu air mata dan 
menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi 
memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang 
teramat tabah itu. 

Kita masih punya waktu untuk bermuhasabah.[Kredit]
Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya diseksa? 
Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan 
ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan 
dihina, dilayan seperti pengemis dan binatang, disakiti, dicaci, dimaki, dipukul, 
dan dibaling batu.

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu Jahal dan 
sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan Baginda 
yang sedang sujud, dengan linangan air mata Fatimah R.A datang membersihkan 
najis di badan ayahnya.

Di suatu hari yang lain, Fatimah R.A telah menyambut 
kepulangan Nabi Muhammad S.A.W dengan linangan air mata, lalu Baginda 
bertanya: "Kenapa menangis?"

Allahu Allah. [Kredit]
Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah R.A 
berkata:

"Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor 
pakaianmu."

Nabi menjawab (lebih kurang maksudnya begini)

"Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, agama yang aku bawa ini, 
akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau 
di bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah 
seperti tersebarnya malam."

Maka kita semua pada hari ini, dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang 
atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat beragama, mungkin di 
suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana 
kamu berada, di desa atau di bandar, dan Allah S.W.T akan masukkan kemuliaan 
atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam, dan bukakanlah 
pintu hatimu kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad S.A.W.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi 
semata mata kerana Allah S.W.T. 

Mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy
berkat amalan ini, dan semoga Allah S.W.T kasihan pada kamu dan mereka 
lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan 
menyebarkan hidayat ke seluruh alam,
sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, 
dan kesemua wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta 
tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, 
dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah 
Allah S.W.T lalu menyembah Allah S.W.T dengan cara yang paling layak selayak-
layaknya Dia disembah!

Sesungguhnya, dalam kedamaian bernafas dan kemeriahan menyambut hari 
raya serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat 
beragama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah 
para kekasih Allah S.W.T. Dan kita? Apa pengorbanan yang kita buat untuk agama setelah  para nabi terutamanya Rasulullah, pesuruh Allah bermatian-matian untuk menyebarkan agama demi generasi yang mendatang? Apakah kita berbuat yang serupa untuk generasi akan datang?

Tepuk dada, tanya iman. Untuk berbelas-belas tahun, berpuluh-puluh tahun hidup, 
adakah kita bermakna untuk agama? Kita berkorban apa sahaja untuk agama? 
Mungkin bukan apa sahaja, cukup untuk tanya, adakah kita berkorban waktu lapang atau waktu "study" kita untuk solat di awal waktu? Berkorban duit yang tak
seberapa untuk sedekahkan pada yang fakir? Allahu.

Istighfar. Renungkan. Apa yang kita buat sepanjang hidup ni. Andai belum berkorban apa-apa jangan takut, jangan bimbang. Allah itu Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang. Bertaubatlah. Dan selagi masih bernyawa, tidak terlambat untuk kita berubah. 

Cuba berkorban. Bermula dengan sesuatu yang kecil dan lama kelamaan
insyaAllah, dengan sesuatu yang lebih besar. Percaya dengan janji Allah.

Firman Allah s.w.t : “ Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan 
sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang
tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta 
kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan 
diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan 
dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir 
di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal 
yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.” 
(Surah As-Saff :10,11,12)

Semoga Allah redha. ;)


Post a Comment

FRIDAY WRAP (11-17 OKT 2013)

0 comments
Salam wbt,
AZAM Russia kembali kepada membawakan kepada anda isu dan berita terkini di seluruh dunia.



ARAB SAUDI



         Arab Saudi telah menolak tempat yang baru  diperolehi di Majlis Keselamatan PBB dan berkata 15 negara anggota PBB  tidak mampu menyelesaikan konflik dunia seperti perang saudara di Syria.
Pengumuman ini datang hanya beberapa jam selepas Arab Saudi telah dipilih sebagai salah satu daripada 10 ahli-tidak-tetap di dalam PBB.

     Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata PBB telah gagal dalam tugas-tugas ke arah Syria.
PBB seperti  membolehkan rejim Presiden Syria Bashar Assad, untuk melakukan pembunuhan orang , termasuk dengan senjata kimia, tanpa menghadapi sebarang hukuman.
Arab Saudi yang telah menyokong pemberontakan Syria dalam perjuangan mereka untuk menggulingkan Assad , telah pada masa lalu mengkritik masyarakat antarabangsa kerana gagal untuk menghentikan perang saudara di Syria , yang kini dalam tahun ketiga.

Menurut data PBB, konflik setakat ini mengorbankan lebih 100,000 orang.

     Kerusi Majlis Keselamatan adalah sangat didambakan kerana mereka memberi negara suara yang kuat dalam hal-hal yang berkaitan dengan keamanan dan keselamatan antarabangsa, di tempat-tempat seperti Syria , Iran dan Korea Utara, serta operasi pengaman terpencil PBB .
Majlis 15 anggota (PBB) termasuk lima ahli tetap dengan kuasa veto - Amerika Syarikat, Rusia , China , Britain dan Perancis - dan 10 ahli-tidak-tetap  dipilih untuk penggal dua tahun.

     Kenyataan dari Riyadh pada hari Jumaat melanda nada yang ketara berbeza.
" Membenarkan rejim pemerintah di Syria untuk membunuh orang dan membakar mereka dengan senjata kimia di hadapan seluruh dunia dan tanpa apa-apa halangan atau hukuman adalah bukti jelas dan bukti kegagalan Majlis Keselamatan PBB untuk melaksanakan tugas dan memikul tanggungjawab, ' 'Kementerian Luar Arab Saudi berkata .

   Ia juga berkata majlis itu tidak mampu untuk menyelesaikan konflik Palestin-Israel sejak beberapa dekad yang lalu dan telah gagal untuk mengubah Timur Tengah ke dalam zon yang bebas daripada senjata pemusnah besar-besaran .

Perancis berkata pada hari Jumaat ia berkongsi kekecewaan Arab Saudi dengan Majlis Keselamatan yang  lumpuh.



PALESTIN



      Kementerian Perancangan Palestin di Gaza berkata pihak berkuasa regim zionis pada bulan September meneruskan polisi-polisi penindasan terhadap rakyat Palestin, dimana mereka berterusan menyerang rakyat Palestin manakala rampasan juga tanah telah meningkat.
Seorang warganegara terbunuh manakala 70 yang lain cedera pada bulan yang lalu. Regim zionis juga menahan 290 orang rakyat Palestin dari bahagian yang berlainan di Tebing Barat, Baitulmuqaddis dan Semenanjung Gaza.
    Kata kementerian itu dalam laporan bulanannya, yang memantau pelanggaran Israel yang paling menonjol dan penyelewengan terhadap rakyat Palestin, dimana bulan September menyaksikan peningkatan dalam serangan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.






       Hampir 22 orang zionis Israel mengotorkan halaman masjid al-Aqsa sebentar tadi dari pintu Mughrabi yang dijaga pasukan polis Israel dan pasukan khas yang dilakukan penceroboh sepanjang operasi pencerobohan. Mereka melaksanakan solat talmud di situ.
Sumber tempatan berkata, jumlah penceroboh Israel berkurangan secara ketara berbanding pencerobohan sewaktu perayaan yahudi di mana halaman masjid al-aqsa hari ini menyaksikan kehadiran yang ketara di kalangan jemaah solat, pelajar dan pelawat.



MESIR


       
        Majlis kabinet Mesir memutuskan untuk membatalkan Petubuhan Ikhwanul Muslimin daripada senarai rekod pertubuhan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dibawah Kementerian Solidariti Sosial , ekoran keputusan mahkamah yang tidak rasmi dengan melarang sebarang aktiviti persatuan tersebut serta mana-mana cawangan yang berkaitan dengannya.

      Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kabinet bahawa keputusan itu dibuat berikutan “pelaksanaan penghakiman oleh mahkamah tentang perkara-perkara penting di Kaherah pada 23 September” lalu.

      Dan kenyataan itu menambah “satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Solidariti telah ditugaskan untuk menghapuskan dan mengharamkan Pertubuhan Ikhwanul Muslimin daripada senarai pertubuhan badan-badan bukan kerajaan di bawah Kementerian Solidariti, termasuk pengharaman dan sekatan semua harta dan entiti yang dijelaskan oleh undang-undang, dan jawatankuasa tersebut memutuskan lagi untuk membentuk jawatankuasa cawangan yang mewakili pertubuhan-pertubuhan tertentu untuk melengkapkan pelaksanaannya”.




 SYRIA



    
   Seorang jeneral Syria peringkat tinggi telah terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak di wilayah timur Deir Ezzor , menurut media negara.
    
   Mejar-Jeneral Jameh Jameh adalah ketua perisikan tentera di wilayah itu, di mana rejim telah berjuang bersama pejuang pembangkang bersenjata yang ingin menggulingkan Presiden Bashar al- Assad.
" Mejar Jeneral Jameh Jameh telah syahid semasa menjalankan tugas negara untuk mempertahankan Syria dan rakyatnya dan meneruskan pengganas di Deir Ezzor ," televisyen negeri berkata pada hari Khamis .
Rami Abdel Rahman , pengarah Balai Cerap Syria yang berpangkalan di UK untuk Hak Asasi Manusia berkata, laporan awal mencadangkan Jameh telah ditembak oleh penembak tepat di daerah Rashdiya di bandar ini, tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya.
  
    Liputan yang mendalam mengenai keganasan yang semakin meningkat di seluruh Syria
Kumpulan itu juga melaporkan pertempuran sengit antara tentera rejim dan pemberontak di beberapa bahagian wilayah , termasuk bandar, yang merupakan yang terbesar di timur Syria.
Jameh adalah salah seorang pegawai kanan keselamatan Syria di Lubnan semasa kerahan tentera Syria di negara ini antara 1976 dan 2005.




       Dalam perkembangan lain yang berkaitan dengan Syria- Khamis, Pertubuhan Larangan Senjata Kimia ( OPCW ), yang telah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada minggu lepas, berkata hampir separuh daripada pemeriksaan senjata yang telah lengkap .
"Kami telah melakukan hampir 50 peratus daripada kerja-kerja pengesahan daripada kemudahan yang telah diisytiharkan kepada kami," Malik Ellahi , penasihat politik di Syria untuk OPCW , berkata dalam The Hague.

     Ellahi berkata keselamatan kekal satu kebimbangan untuk misi di Syria, dengan serangan mortar dan kereta dibom berlaku di kawasan berhampiran ke Damsyik hotel pemeriksa .
"Terdapat beberapa insiden sejak beberapa hari lalu yang memberikan beberapa perkara yang membimbangkan ," kata Ellahi .

       Ini termasuk mengesahkan senjata kimia Syria didedahkan, mengenal pasti peralatan utama , memusnahkan kemudahan pengeluaran dan memulakan kemusnahan Kategori 3 senjata kimia oleh 1 November.
  Inspektor mempunyai sehingga 30 Jun tahun depan untuk melengkapkan laporan kemusnahan senjata kimia di Syria 
Konflik Syria bermula dua setengah tahun lalu sebagai protes terhadap empat dekad Assad peraturan keluarga yang bertukar menjadi perang saudara berdarah. Lebih daripada 100,000 orang terbunuh dalam keganasan.



semoga kita terus menginfakkan semampu boleh dan terus menembakkan doa kepada umat islam di Malaysia dan di seluruh pelusuk bumi.



"Dan barang siapa mengerjakan amal-amal yang saleh dan ia dalam keadaan beriman, maka ia tidak khawatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya) dan tidak (pula) akan pengurangan haknya." (21:48)



till next time,
semoga Allah redha.





Post a Comment

Taqwa Dalam Pengorbanan

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernyawa pada hari ini. Sesungguhnya kesempatan yang diberikan ini tidak harus kita sia-siakan kerana kematian itu tidak menunggu kita. Kematian itu boleh datang bila-bila masa dan di mana-mana. Jadi, kesempatan ini kita gunakan untuk bertaubat dan kembali kepada Dia.

Air mata paling berharga adalah air mata taubat hambaNya. [Kredit]
Seperti yang kita sedia maklum, hari raya aidiladha sudah tiba.
Bersempena dengan hari raya ini, kita bercakap sedikit tentang pengorbanan. Menyingkap dua peristiwa penting tentang pengorbanan yang begitu popular tercatat di dalam Al Quran iaitu peristiwa yang pertama tentang kisah pengorbanan dua orang anak Nabi Adam iaitu Habil dan Qabil dan peristiwa kedua tentang Nabi Ibrahim dengan anaknya yang tercinta, Nabi Ismail.

“ Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua putra Adam, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka (kurban) salah seorang dari mereka berdua (Habil) diterima dan dari yang lain ( Qabil) tidak diterima. Dia (Qabil) berkata, “Sungguh, aku pasti membunuhmu!” Dia (Habil) berkata, sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertakwa.” ( 5 : 27)

Di dalam surah As-Shaffat diceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail,

“Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!” Dia Ismail menjawab, “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu, InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar” (37 :107)

Bermula dari sejarah inilah, ibadah korban dilaksanakan. Nabi Muhammad s.a.w meneruskan ibadah korban ini, dan ia menjadi satu amalan Islam yang dilaksanakan pada setiap hari raya Aidiladha dan pada hari-hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Firman Allah dalam surah Al-Kauthar ayat 2 bermaksud “... tunaikanlah solat kerana Tuhan-Mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda syukur).”

Oleh itu, dengan semangat pengorbanan yang ada di musim perayaan aidiladha ini, marilah kita bermuhasabah dan fikir semula apa yang kita buat dalam kehidupan seharian kita. Adakah ianya selari dengan kehendak dan ajaran Islam? Kita hendaklah bersedia melakukan pengorbanan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah swt. Korbankan waktu yang ada untuk dimanfaatkan dengan melakukan aktiviti yang diredhaiNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Pengorbanan adalah elemen penting. [Kredit]
Semoga korban kita di dunia ini insya Allah akan diterima Allah swt dan dipenuhi dengan hati yang tulus dan ikhlas seperti yang dinyatakan dalam surah Al Hajj ; Daging ( haiwan korban) dan darahnya itu tidak sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya adalah ketakwaan kamu ( 22: 37 )

Wallahu'alam.


Post a Comment