BERMULA LAGI

0 comments
  
                                                                   


Bismillahhirrahmanirrahim

Menuntut ilmu dan bermusafir seumpama irama dan lagu. Kedua-duanya saling melengkapi proses pembelajaran itu sendiri. Kedua-duanya memerlukan sebuah pengorbanan. Jiwa hamba yang manakah tidak pernah merasai susah dan jerih dalam menuntut ilmu? Pastinya anda akan mengatakan hal yang sama. Ia tidak mudah.

Menuntut ilmu memerlukan satu persediaan dan pengorbanan si penuntutnya. Mungkin pengorbanan yang paling diperlukan adalah pengorbanan masa. Mereka yang bergelar pelajar pasti merasa peritnya berpisah dan meninggalkan keluarga tersayang demi menuntut ilmu di bumi yang asing ini.

Ya. Perjalanan jauh ini ternyata memberi banyak pengajaran yang sangat berguna kepada kita semua dengan cara yang tersendiri.

Jom tajdid niat!
“Our intention determine our future”.
Setiap pelajar di Russia mempunyai niat yang berlainan di dalam hatinya. Mungkin ada yang datang untuk menuntut ilmu, ada yang mahu berseronok ataupun ingin berjumpa kawan-kawan. Walau apapun niat di hati pastikan segalanya berbalik kepada Allah. Dengan itu, kamu akan lebih fokus dan efektif dalam mengejar cita-cita di bumi Russia.


Diri ini seorang pejuang!
"Sesiapa yang keluar kerana mencari ilmu(agama),maka dia benar-benar berada dalam perjuangan di jalan menegakkan agama Allah sehingga dia pulang”-riwayat Tirmizi.

Langkah kaki seseorang yang ikhlas dalam menuntut ilmu adalah sama dengan langkah seorang pejuang di medan jihad.
"Barangsiapa yang melalui satu jalan menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan satu jalan ke syurga"-Riwayat imam Nawawi.

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka?" 
Ayat ini Allah sebut berulang kali di dalam Quran. Antaranya di dalam surah Ar Rum ayat 9 dan surah Ghafir ayat 21 dan 82.

Jadi,dengan sukacitanya kami ingin mengajak anda semua untuk mula mengembara. Tinggalkan kejahilan kita yang lama, mulakan langkah pertama untuk menuntut ilmu,demi mengenal Allah, pencipta mutlak kita.

Sudah bersediakah kita untuk berkorban dan bermujahadah?

Wallahualam.





Post a Comment