MALAM APRESIASI MESSP 2013

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.. 

St. Petersburg- Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, satu program telah berjaya dilangsungkan iaitu MALAM APRESIASI MESSP  (Malaysian Engineering Students of St Petersburg). Program ini telah diadakan pada 2hb Jun, bermula pada pukul 4 petang dan berakhir pada 10 malam. Bertempat di Hotel Oktyaberskaya,Ploshaid Vostania.

Program dimulakan dengan bacaan doa & bacaan ayat-ayat suci al-quran dari saudara Fakhruddin Rahim & Ahmad Azim. Kemudian, agenda disambung dengan pembentangan perbelanjaan MESSP oleh Bendahari iaitu saudara Muhammad Azri. Pembentangan ini penting untuk pelajar-pelajar mengetahui kemana hala tuju wang duit dibelanjakan. Diteruskan dengan acara utama iaitu ucapan presiden MESSP & pembubaran MESSP untuk penggal 2012/2013. Ucapan diselitkan dengan nasihat-nasihat yang berguna untuk para pelajar.

Dengan terbubarnya MESSP, telah diumumkan perlantikan Ahli-ahli Jawatankuasa yang baru untuk penggal yg baru 2013/2014 . Presiden baru yang telah dipilih dari undian adalah Muhammad Luqman. Manakala, Naib Presiden 1 dan 2 adalah Farid Nazir dan Nur Nadia. Agenda seterusnya ialah ucapan perpisahan daripada pelajar-pelajar tahun akhir iaitu Atika Mokhtar, Hafiz Razali, Syed Ahmad Fathi dan Hafizudin. Kesemua pelajar ini adalah pelajar yang banyak membantu kami semua di sini sejak dari tahun pertama hingga ke hari ini. Mudah-mudahan pertolongan dan pengorbanan mereka selama ini dapat diberi ganjaran oleh Allah swt, insyaAllah.

Seterusnya, majlis juga dimeriahkan dengan persembahan dari pelajar tahun pertama, tahun kedua dan juga tahun ketiga. Antara persembahannya adalah persembahan media, nyanyian lagu dan pantun. Terdapat juga acara cabutan bertuah, pertandingan jejaka popular, best student, ustaz dan ustazah pilihan dan sebagainya. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan hadiah penghargaan kepada senior-senior yang akan tamat pengajian mereka tidak lama lagi.

Akhir sekali, para pelajar dihidangkan dengan hidangan set chicken chop dan kek puding. Diharapkan, acara sebegini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan. Kepada senior-senior yang akan pulang ke Malaysia diucapkan semoga berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi dan kami, adik-adik di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian semua.





Wallahu'alam..


Post a Comment