Hari Nakbah 2013

0 comments
Hadis riwayat Nukman bin Basyir RA, berkata: Rasulullah saw bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti tubuh,jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam. 
(Shahih Muslim No.4685) 

Suatu peristiwa yang jarang sangat kita sambut adalah peristiwa memperingati pengusiran rakyat Palestine daripada buminya sendiri yang telah berlaku pada tahun 1948 dahulu . Peristiwa tersebut dikenali sebagai Hari Naqba atau The Day Of The Catastrophe yang bermaksud Hari Kecelakaan/Bencana . Pada tarikh 15 Mei 1948, lebih kurang 700 000 rakyat palestine diusir dari negara mereka sendiri. Beribu rumah dibakar, beratus kampung dimusnahkan.  Lantas, tahun ini AZAM Russia telah mengambil langkah bagi mengajak pelajar-pelajar Malaysia di Rusia untuk bersama-sama mengingati dan mengutip sebanyak mungkin ibrah pengajaran daripada peristiwa Nakbah ini..

Nizhniy Novgorod

1 Mei 2013 : Alhamdulillah, Azam Russia lokaliti Nizhny Novgorod dengan kerjasasama PPIM dan KUNIZH telah menganjurkan malam kemanusiaan peringkat Nizhny Novgorod. Penyertaan bagi Malam Kemanusiaan ini adalah terbuka kepada semua pelajar Malaysia di Nizhny Novgorod. Malam Kemanusiaan ini bermula pada pukul 6.30 petang dan berakhir pada pukul 9.30 malam. Event ini telah dimulakan dengan perkongsian surah Al-Hujurat ayat 9-12 dengan pembacaan tafsir dalam bahasa Inggeris.


Kemudian acara ini diteruskan dengan ucapan oleh pengarah projek, saudara Naqiuddin Rozman. Seterusnya Azam cawangan NiNo turut mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan Azam Russia di Nizhny Novgorod di samping memperkenalkan ahli majlis tertinggi lokaliti Nizhny Novgorod.Turut diadakan sepanjang Malam Kemanusiaan ialah booth Azam yang menjual merchandise-merchandise Palestine dan juga tabung derma kemanusiaan.

Malam Kemanusiaan ini diteruskan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Trio Mujahid. Mereka telah menyanyikan sebuah lagu dari kumpulan Rabbani, Setanggi kasih. Nyanyian mereka ini, berjaya menggamit hati para penonton yang hadir.Seterusnya, acara ini diambilalih oleh saudara Shahanshah Fitri selaku moderator bagi forum pada malam tersebut. Tajuk forum pada malam tersebut cukup menarik iaitu Does Islam Got Solutions to the Problem of Humanity. Tiga panel yg uuntuk forum tersebut ialah saudara Azli, saudari Souhayla dan saudari Farahani. Suka untuk saya berkongsi satu pendefinisian yang diberikan saudari Farahani yang cukup menarik. Beliau berkata kemanusiaan itu adalah ibarat perasaan cinta yang menjuruskan kepada rasa peduli, apabila wujudnya perasaan peduli inilah akan menimbulkan rasa ingin memberi (sharing), maka itulah yg dikatakan kemanusiaan.


Selepas daripada forum, majlis diteruskan lagi dengan persembahan nasyid buat kali kedua.Kemudian pihak akhwat pula mempersembahkan pantomin menunjukkan reality  yang berlaku di Rohingya. Mereka juga mendeklamasikan sajak yang cukup syahdu. Malam Kemanusiaan ini diakhiri dengan persembahan drama daripada pihak ikhwah yang membawakan tema betapa pentingnya perasaan peduli kepada masyarakat-masyarakat sekeliling  yang ditndas. Selepas solat maghrib berjemaah dan makan malam majlis bersurai.

Kursk

Alhamdulillah dipanjatkan syukur sekali lagi kehadrat Ilahi atas nafas, tenga, masa kesihatan dan segala nikmatNya yang telah Dia kurniakan kepada hamba-hambaNya yang serba lemah ini untuk meneruskan bekerja di atas BumiNya yang makmur ini.

Bulan Mei ini warga Kursk telah disajikan dengan satu aktiviti  BBQ yang deberi nama “Kerlipan Ummah” bagi mengisi masa lapang para akhwat memandangkan cuti selama 5 hari.

Acara ini dijalan di sebelah pagi Rabu  dari  kira-kira jam 11 pagi hingga ke 3 petang memandangkan cuaca tidak begiu mengizinkan kami meneruskan aktiviti hingga ke lewat petang.

Acara ini dimulakan dengan ice breaking games yang diberi nama “Oscar”, bagi mendedahkan para akhwat untuk mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.Sementara para akhwat bermain, segelintir akhwat yang lain sanggup berkorban masa demi menyediakan sajian kepada para akhwat yang lain.

Kemudian acara diteruskan dengan  permainan yang dikenali sebagai “Ghawzul Rabi’aa” atau Spring Invasion. Dua kumpulan dibahagikan terdiri daripada 12 ke 13 orang.Masing-masing diberi tanah dan bendera “Negara” masing-masing dan bagi meraih kemenangan kumpulan tersebut perlu mengambil bendera pihak lawan dengan melalui rintangan yang boleh dikatakan agak mencabar.Namun, di pengakhiran aktiviti ini, tiada pemenang dipilih kerana keputusan adalah seri.Setelah tamatnya aktiviti, setiap akhwat diminta berkongsi pengalaman dan pengajaran yang mereka dapat melalui aktiviti tersebut.Alhamdulillah walaupon ramai akhwat yang kelihatan kepenatan dan kelaparan namun masing-masing memberikan kerjasama yang boleh dikatakan sangat memuaskan.Aktiviti ini bertujun mendedahkan para akhwat dengan isu Palestin dan Israel serta isu boycott yang wujud di kesekian hari.


Akhir sekali, para akhwat menjamah makanan yang disediakan beramai-ramai.Beberapa talam disediakan.Walaupon aktiviti adalah aktiviti BBQ, namun sunnah nabi masih tidak dilupakan.

Alhamdulillah itu saja yang dapat dilaporkan setakat ini.Diharap bulan Mei tahun hadapan akan disajikan dengan aktivit lain yang juga bermanfaat kepada para akhwat di Bumi Soviet ini demi meneruskan hidup sebagai abid dan khalifah Allah insyaALLAH. Sekian.

Wallahu'alam


Saint Petersburg


Alhamdulillah pada 25 mei akhawat St Petersburg telah mengadakan satu program  bagi memperingati Hari An Nakba. Program  dimulakan pada pukul 10.30 pagi di Park Pobedi. Pengisian tentang an nakbah disampaikan oleh Atikah Mokhtar.Banyak info dan respon yang menarik daripada akhawat yang lain, menunjukkan bahawa mereka juga tidak ketinggalan untuk sentiasa mengambil tahu tentang saudara-saudara kita di Palestin.

Program  diteruskan dengan tazkirah daripada saudari Shira Mohd.Tazkirah yang disampaikan adalah mengenai kebaikan bulan Rejab,peristiwa israk mikraj dan penerimaan perintah solat daripada Allah swt kepada umat Muhammad s.a.w.. Beberapa aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan program. Peserta  dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada 7 ahli.

Aktiviti bertemakan treasure hunt dan diberi nama ‘we are on the map’. Setiap peserta diberi kad yang tertera nama bandar yang pada masa kini menjadi kawasan Israel ataupun telah dimusnahkan oleh Israel. Objektif utama adalah untuk meletakkan kembali nama  bandar-bandar  tersebut pada peta negara Palestin. Oleh itu,setiap peserta  memerlukan koordinat bandar masing-masing. Setiap kumpulan dikehendaki mencari 3 sampul surat yang berlainan warna dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. Satu sampul surat mewakili dua koordinat bandar. Setelah semua peserta berjaya memperoleh koordinat bandar masing-masing,seorang demi seorang akan tampil kehadapan dan meletakkan kembali nama bandar tersebut ke dalam peta negara Palestin.



Banyak ibrah yang boleh diambil daripada aktiviti ini. Setiap daripada kita tentunya mengimpikan kebebasan Palestin. Janji Allah itu pasti,tetapi ianya mestilah dimulakan dengan bangkitnya umat Islam itu sendiri dari segi kekuatan (dalaman dan luaran),pengetahuan,ukhuwwah dan akhlak yang terpuji.



Moscow

Alhamdulillah, pada 26 Mei yang lalu pihak Azam Russia telah Berjaya menganjurkan program Rehlah An-nakbah di perkarangan Hostel Pushkin. Rehlah An-nakbah diadakan bagi memperingati peristiwa tragis yang berlaku di Palestin pada 15 Mei 1948, di mana tanah rakyat Palestin telah dirampas oleh Zionis Israel. Rehlah ini dihadiri oleh 50 orang peserta dari MSMU, RSMU dan juga MAI. Program ini bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 7 petang.

Dalam program ini, aktiviti Explorace telah dirancang untuk para peserta. Para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta. Setiap kumpulan dikehendaki untuk pergi check-point masing-masing dan membuat tugasan di setiap check-point tersebut. Antara check-point yang paling menarik adalah ketika para peserta dikehendaki meniup belon yang di dalam belon tersebut mempunyai senarai produk yang perlu diboikot ataupun tidak. Setelah para peserta meniup belon tersebut, para peserta diarahkan untuk memecahkan belon tersebut secara berpasangan tanpa mengunakan tangan,  tetapi hanya boleh menggunakan bahagian belakang badan. Dan setelah itu, para peserta dikehendaki mengasingkan barangan yang perlu diboikot ataupun tidak. Alhamdulillah, di setiap check-point banyak ibrah yang dapat diambil oleh para peserta. Setelah aktiviti explorace tamat, para peserta disajikan dengan juadah yang disediakan oleh pihak penganjur dan juga yang dibawa sendiri oleh para peserta.

Sebelum majlis penyampaian hadiah dimulakan, organisasi AZAM Moscow bagi muslimah telah diumumkan oleh saudari Rosdiana binti Idham Halis.

·         Timbalan Ketua(ii) : Rosdiana Binti Idham Halis (Tahun 4, RSMU)
·         Setiausaha : Eliana Mastura Binti Mohammad Nor (Tahun 5, MSMU)
·         Bendahari : Anis Farah Syafiqah Binti Ab Razak (Tahun 3, MSMU)
·         Biro Ekonomi : Ernisha Binti Saib (Tahun 3, MSMU)
·         Biro Media : Nurul Izzah Binti Mohd Fadzilah (Tahun 2, MSMU)
·         Biro Kebajikan : Norsyafika Binti Abizaid (Tahun 2, MSMU)


Setelah itu, majlis penyampaian hadiah dijalankan bagi kumpulan yang menang ber-explorace. Diharapnya, Rehlah An-nakbah ini dapat memberi kesedaran kepada para peserta tentang isu saudara kita di Palestin.


Diriwayatkan daripada Anas r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
(al-Bukhari)

Wallahu’alam





Post a Comment