kuliah online baitul muslim

0 comments
Assalamualaikum, insya-Allah, kuliah online bersama ummuatifah untuk minggu ini. Hajat doa semua bagi kelancaran kuliah kt pada minggu ini =)

1. Kuliah BM Fasa 1
Tarikh: 9 April 2013 (Selasa)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

2. Kuliah "Charting Your Family Du'at Blueprint"/ Model Ketaqwaan Jundiy
Tarikh : 11 April 2013 (Khamis)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

Boleh add id berikut ;
Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah




sedikit sedutan dari nota kuliah minggu sebelum insyaAllah :)



Membina Tamadun Kapasiti Diri dan Institusi


Selama 24 jam yang telah Allah berikan kepada kita setiap hari, berapa lamakah masa yang kita luangkan untuk mengingati Allah? Sekiranya kita sentiasa merasakan kehadiran Allah dekat dengan kita, Allah akan sentiasa memerhatikan kita dan memastikan kita berada di dalam lindungan ketaatan kepadanya. Janganlah kita melupakan Allah, kerana sekiranya sedetik pun kita terlupa akan Allah, kita akan tidak sedar apa yang kita lakukan. Apa yang kita sembunyikan semuanya akan ditunjukkan oleh Allah dihadapan kita kelak apabila kita berhadapan dengan Allah. Apakah yang mampu kita lakukan disaat itu? Disaat Allah menayangkan segala keaiban kita, segala keburukan kita kerana mungkin didunia kita sentiasa membuka keaiban orang lain, maka Allah membuka keaiban kita nauzubillah.

boleh tekan pautan di bawah untuk pembacaan lanjut :

http://kuliahbm.blogspot.ru/2013/04/membina-tamadun-kapasiti-diri-dan.html

sekian, selamat beramal dan moga Allah redha. salam wrt. :)








Post a Comment