MESSP GAMES 2013

1 comments
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”-Al-Hujurat:10.


Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya,
2&3 Mac 2013 St Petersburg - Telah berlangsungnya satu program "MESSP Games 2013" yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar St Petersburg (MESSP) di dewan serbaguna SMTU. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan metabolisma dan kesihatan fizikal para pelajar di samping mengeratkan ukhuwah sesama mereka. MESSP Games dipecahkan kepada 2 kategori iaitu pertandingan futsal bagi kategori lelaki manakala pertandingan  frisbee dan netball bagi ketegori perempuan.



Alhamdulillah, sambutan yang diberikan sangat menggalakkan dan hampir semua pelajar di St Petersburg  telibat dalam program ini. Jutaan terima kasih kepada semua pelajar dan penghargaan kepada pihak penganjur yang sama-sama menjayakan program ini. Semoga dengan kebersamaan pelajar-pelajar dalam program kali ini dapat memupuk persefahamaan dan kasih sayang antara mereka semua.Wallahualam
more info : http://messpmedia.blogspot.ru/2013/03/messp-games-2013.html






1 comment: