SAMBUTAN RAYA NINO 2012

0 comments
SAMBUTAN RAYA NIZHNY NOVGOROD 2012





Bismillahirrahmanirrahim..

Pada 30 September 2012 yang lalu, sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di lokaliti Nizhniy Novgorod. Acara yang julung kalinya diadakan itu dianjurkan oleh Kelab UMNO Nizhniy Novgorod (KUNIZH) dan Persatuan Perubatan Pelajar Malaysia (PPIM). Majlis ini menjemput semua pelajar Malaysia di Nizhniy Novgorod.

Majlis bermula pada pukul 3.00 petang, selepas ketibaan tetamu kehormat - En. Suhaimi, pegawai MARA dari Kedutaan Malaysia di Moscow dan dua orang pegawai MARA yang diterbangkan dari Malaysia, Pn. Rohaya dan Pn. Najwa. Majlis dibuka dengan bacaan al-Fatihah dan bacaan al-Quran oleh saudara Mohammad Hafizuddin Mohd. Ridzuan. Seterusnya, saudara Shahanshah Fitri mengetuai bacaan doa kesejahteraan bagi Allahyarhamah Hanisah Muhd. Shah dan Allahyarhamah Adzreen binti Dimyati.

Sambutan hari raya ini diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar Muslim, saudara Azizan Azfar. Beliau meminta maaf atas kelewatan sambutan raya ini dan selain itu juga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Hanisah dan Adzreen. Saudara Azizan juga sempat mengucapkan selamat datang kepada adik-adik tahun pertama yang baru sahaja tiba di Nizhniy Novgorod empat hari yang lalu, iaitu bersamaan 26 September 2012.

Selepas itu merupakan majlis makan. Para tetamu makan di dewan tersebut dan setelah itu, mereka mula bergerak ke bangunan Bufeka untuk sesi penggambaran.

Majlis ini dilaksanakan dengan harapan agar dapat menzahirkan islam kepada masyarakat umum selain menjadikan platform untuk mengumpulkan umat islam Malaysia di Nizhniy Novgorod.

Pihak AZAM Russia, lokaliti Nizhny Novgorod juga berharap yang ianya masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat, serta mohon maaf atas segala-galanya. Semoga sambutan yang menjadi simbolik kemenangan umat Islam ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita dan seterusnya menyatukan kita dalam usaha untuk mencapai matlamat utama hidup ini.


Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)


Post a Comment