Jamuan Perpisahan MESSP 2012

1 comments

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, satu program telah berjaya dilangsungkan iaitu Jamuan Perpisahan (Malaysian Engineering Students of St Petersburg) MESSP, program ini telah diadakan pada 2hb Jun, bermula pada pukul 6 petang dan berakhir pada 11 malam. Bertempat di Hotel Ibis, Ligovskiy Prospekt 54.

Program dimulakan dengan bacaan doa & bacaan ayat-ayat suci al-quran dari Muhammad Azri & Tuan Mohd Alwafi. Kemudian, agenda disambung dengan pembentangan perbelanjaan persatuan oleh Bendahari, Hafiz Akmal, pembentangan ini penting untuk ahli-ahli persatuan mengetahui kemana hala tuju wang duit dibelanjakan. Diteruskan dengan dengan acara yang paling dinanti-nantikan iaitu ucapan presiden MESSP & pembubaran MESSP untuk penggal 2011/2012. Ucapan diselitkan dengan nasihat-nasihat yang berguna untuk semua.

Dengan terbubarnya MESSP, telah diumumkan perlantikan Ahli-ahli Jawatankuasa yang baru untuk penggal yg baru 2012/2013. Presiden baru yang telah dipilih dari undian adalah Tuan Mohd Alwafi. Manakala, Naib Presiden adalah Masnor Ibrahim.

Agenda seterusnya ialah ucapan perpisahan daripada pelajar-pelajar tahun akhir iaitu Norlin Azira Rosli & Izzul Izzat Mazlan. Kedua-dua pelajar ini adalah pelajar yang banyak membantu kami disini & diharapkan mereka berjaya dalam apa jua bidang yg akan diceburi kelak.

Terdapat juga acara cabutan bertuah untuk memeriahkan majlis.

Seterusnya, acara diteruskan dengan persembahan dari pelajar tahun pertama & pelajar tahun kedua. Antara persembahannya adalah choral speaking, nyanyian lagu angan & sedar oleh Abdul Rauf & Ahmad Afiq, nyanyian rapuh oleh batch tahun 4.

Dengan tidak melupakan tanggungjawab sebagai Muslim, Azan maghrib telah dilaungkan oleh Amir Rahimi & Solat berjemaah dapat dijalankan walaupun terdapat sedikit batasan ruang untuk solat.

Akhirnya, semua dihidangkan dengan makanan & sembang2 dengan jemputan khas dari Malaysia untuk mengetahui sedikit sebanyak hala tuju kami selepas graduasi nanti.

Diharapkan, acara sebegini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.

Jangan lupa untuk melayari laman youtube rasmi MESSP untuk mengetahui sedikit sebanyak intipati acara yang telah dibuat disini. http://www.youtube.com/user/messpmedia?feature=watch  




















1 comment: