Semangat Kesukanan dalam GIG 2012, Nizhny Novgorod.

0 comments

            Assalamualaikum wrt. Syukur Alhamdulillah atas hirupan nafas yang diberikan untuk terus berbakti. Seperti yang kita ketahui, pada 13-15 April yang lalu, telah berlangsungnya Gorky Intervarsity Games 2012 yang disertai oleh 7 buah universiti sekitar Russia. Sekalung TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada semua pelajar Malaysia lokaliti Nizhny, sebagai tuan rumah yang bertungkus-lumus menjayakan MIGA IX pada kali ini dan alhamdulillah, juga merangkap juara keseluruhan pada tahun ini.
            Sedikit imbasan program, pada 13 April (Jumaat), majlis perasmian berlangsung di Main Arena Kstovo dimulai dengan perbarisan 7 buah kontinjen dari 7 buah universiti: MSMU, RSMU, MAI, VSMU, KSMU, SMTU dan NNSMA. Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan ucapan perasmian. Tepat pukul 10 pagi, peserta-peserta bergerak ke arena sukan masing-masing untuk memulakan permainan. Untuk keputusan keseluruhan pada hari Jumaat, kontinjen yang berada di tempat teratas adalah kontinjen dari NNSMA, dengan mengumpul 1 Emas (Catur Individu), 2 Perak (Hoki perempuan, Frisbee perempuan) dan 2 Gangsa (Catur Individu, Ping-pong). Pada waktu malam pula, Malam Perdana telah diadakan di Театр Юного Зрителя. Terdapat pelbagai persembahan tradisional dan kontemporari yang telah dipersembahkan pada malam tersebut. Secara keseluruhan, semuanya berjalan lancar sepanjang hari Jumaat.
            Pada 14 April (Sabtu) pula, permainan berlangsung sepanjang hari dari pukul 8 malam hingga pukul 11 malam. Semua peserta dari ketujuh-tujuh buah universiti menunjukkan permainan yang sengit untuk mengejar mata.Tidak lupa juga kepada penyokong-penyokong yang tidak jemu memberikan semangat kepada pasukan masing-masing. Untuk keputusan keseluruhan pada hari Sabtu, kontinjen yang berjaya berada merangkul tempat teratas adalah kontinjen dari MSMU dengan mengumpul 4 Emas (Badminton, Ping-pong berkumpulan, Ping-pong lelaki, Hoki lelaki).
            Masa berlalu dengan begitu pantas, dan tibalah hari terakhir GIG. Hari Ahad, 15 April bermula dengan penuhgesaan adrenalin (baca: adrenaline rush) pemain-pemain dan suasana penuh keazaman untuk memberikan sepenuhnya untuk hari terakhir ini. Perlawanan akhir futsal (lelaki dan perempuan), bola baling (lelaki dan perempuan), bola keranjang (lelaki dan perempuan) telah berlangsung dan bagi menentukan pemenang MIGA ke-9 tahun ini. Setelah berakhirnya semua perlawanan tersebut, GIG diteruskan pula dengan perlawanan antara pasukan VIP Malaysia dan Russia. Masing-masing bergabung tenaga tidak kira muda atau tua, untuk bermain bersama.
            Acara yang terakhir yang dinanti-nantikan menyusul; penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan acara cabutan bertuah! Juara keseluruhan MIGA IX adalah Nizhniy Novgorod setelah 9 tahun mengambil bahagian! Alhamdulillah, GIG akhirnya melabuhkan tirainya pada jam 3 petang dan diakhiri dengan kepulangan atlet-atlet ke lokaliti masing-masing.
            Melihat pemain-pemain beraksi dengan penuh bergaya dan bersemangat di medan permainan adalah sangat mengagumkan! Penulis dapat merasakan jika himmah, keazaman dan pengorbanan yang sama atau lebih daripada itu disalurkan untuk islam, nescaya tidak mustahil islam akan kembali menjadi persada di seluruh alam, inshaAllah!
            Berikut disertakan pemenang-pemenang setiap perlawanan dan hitungan pingat  keseluruhan.
Perlawanan
Emas
Perak
Gangsa
Catur (Individu)
Thong Yung Chen (NNSMA)
Muhammad Ariff Azlani (MAI)
Fatimah Othman (NNSMA)
Catur (Kumpulan)
NNSMA
VSMU
SMTU
Bola Jaring
KSMU
NNSMA
RNRMU
Ping Pong (Campur)
MSMU
VSMU
NNSMA
Ping Pong (Lelaki)
MSMU
VSMU
NNSMA
Frisbee (Lelaki)
NNSMA
VSMU
RNRMU
Frisbee (Perempuan)
VSMU
NNSMA
RNRMU
Hoki (Lelaki)
MSMU
NNSMA
MAI
Hoki (Perempuan)
KSMU
NNSMA
RNRMU
Badminton
MSMU
KSMU
RNRMU
Bola Tampar (Lelaki)
KSMU
RNRMU
MSMU
Bola Tampar (Perempuan)
RNRMU
VSMU
KSMU
Bola Baling (Lelaki)
MAI
NNSMA
MSMU
Bola Baling (Perempuan)
NNSMA
KSMU
RNRMU
Bola Keranjang (Lelaki)
MSMU
KSMU
VSMU
Bola Keranjang (Perempuan)
KSMU
MSMU
NNSMA
Futsal (Lelaki)
RNRMU
KSMU
MAI
Futsal (Perempuan)
NNSMA
KSMU
MAI

Hitungan Pingat
Universiti
Emas
Perak
Gangsa
Jumlah
KSMU
4
5
1
10
NNSMA
5
5
4
14
MSMU
5
1
2
8
VSMU
1
5
1
7
RNRMU
2
1
6
9
MAI
1
1
3
5
SMTU


1
1


*untuk gambar sepanjang berlangsungnya GIG 2012, sila tekan http://azamrussiakita.blogspot.com/2012/04/gig-2012.html





Post a Comment