"Hafalan Solat Delisa"

0 comments

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Tanggal 6 April 2012 telah berlangsungnya suatu majlis tayangan filem bertemakan islamik bertempat di MAI. Tayangan filem ini telah dibawakan khas daripada pihak AZAM Russia lokaliti Moscow Aviation Institute(MAI). Majlis khas buat pelajar muslimin lokaliti tersebut telah diadakan di surau Asrama Pelajar MAI. Majlis bermula seawal 830 malam. Dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah, seterusnya diteruskan dengan tayangan filem "Hafalan Solat Delisa". "Hafalan Solat Delisa" mengisahkan tentang seorang kanak-kanak dari Acheh yang terpisah dengan keluarganya sewaktu tragedi tsunami yang melanda Acheh. Filem yang padat dengan pengajaran ini mengambil masa selama lebih kurang 2 jam sehingga tamat tayangan.

Usai tayangan, pihak AZAM Russia MAI juga telah mengadakan pertandingan kuiz buat penonton yang hadir dengan hadian "button badge" dari AZAM Russia. Alhamdulillah respon diberikan dengan baik terutama dari segi jawapan-jawapan yang diberikan oleh hadirin. Selain itu, melalui respon mereka dapat dilihat ada ibrah yang didapati dari filem tersebut melalui kuiz yang dijawab.

Dengan berlangsungnya tayangan ini, ingin dikongsi buat para pembaca sekalian bahawa AZAM Russia telah melangkah setapak lagi ke hadapan dalam mendekati individu-individu muslim semua. Terbukti yang Islam bukan sahaja terletak pada ibadah kita tetapi juga bagaimana kita menghayati sesuatu yang boleh membawa kita ke arah individu Muslim yang lebih baik. Tahniah diucapkan buat pihak AZAM Russia MAI dalam menganjurkan tayangan filem ini.Wallahualam.







Post a Comment