Mukmin yang kuat

0 comments
AYUH MENJADI MUKMIN YANG KUAT!!



                Pada 19 Disember 2011 yang lalu, acara sukaneka bagi pelajar-pelajar luar Negara telah diadakan. Acara ini disertai oleh pelajar-pelajar dari pelbagai university di sekitar Nizhniy  Novgorod. Antaranya termasuklah Nizhniy Novgorod State Medical Academy, Linguistic University of Nizhniy Novgorod, Nizhniy Novgorod State Pedagogical University, Lobachevsky State University of Nizhniy Novgorod dan lain-lain lagi.
Antara sukan yang dipertandingkan ialah renang, darts, menembak, mini golf, dan pingpong. Acara bermula pada pukul 10.30 pagi dan didahului dengan ucapan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis. Beliau mengucapkan terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakkan.


          Semua acara bermula serentak pada lebih kurang pukul 11.00 pagi. Pelajar perempuan banyak menyertai acara mini golf dan darts. Pelajar lelaki pula kebanyakannya tertarik dengan acara menembak.
Acara tamat pada pukul 2.00 petang. Alhamdulillah, kontinjen Nizhniy Novgorod State Medical Academy telah berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara ping pong (lelaki dan perempuan) dan mini golf (lelaki dan perempuan).

                Ikhwah akhowat rahimakumullah.. Ingat lagi muwasofat tarbiyyah kita? Lebih-lebih lagi tentang qawiyyul jismi, kekuatan jasmani. Islam sangat menggalakkan kita mempunyai tubuh badan yang kuat yang memampukan kita menjalankan tanggungjawab kita di bumi ini. Solat, berpuasa, menunaikan haji - kesemuanya memerlukan tubuh badan yang kuat. Apatah lagi jika kita disuruh berjihad di medan peperangan. Sebab itulah kekuatan jasmani sangat dititik beratkan dalam Islam.
Wallahua’lam..


Rasullullah SAW bersabda, yang bermaksud, “Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang lemah.” (HR Muslim)



Post a Comment