Memoir Di Tanah Ditarbiyah

0 comments
Sebuah coretan khas buat kalian yang bakal memulakan semester baru di bumi Russia. Semoga menjadi bekalan yang menghidupkan hamasah yang hebat! (dipetik dari http://aizadiha.blogdrive.com/)

Dicatat sebagai peringatan aku kepada sebuah tempat yang mengajar aku tujuan hidup..

3tahun lepas yang saya tidak ingat tarikhnya, ketika itu senja baru berlabuh walaupun jam sudah menunjukkan 9malam..summer, lebih kurang tarikh macam sekarang mungkin. Hari hampir gelap tapi masih ada saki baki cahaya di kaki langit,ditambah pula dengan lampu jalan yang samar-samar.

Seorang sahibah teringin membeli air mineral, musim exam kan. Tanah pun dah lama tak dijejak, air masak di rumah tak bisa menghilangkan haus di tekak malah menyakitkan ada.  Tak jauh pun produkti (kedai runcit) tu, sekangkang kera je.. tapi hari pun dah gelap,risau pula beliau pergi sendiri.

“Tak apalah, meh saya teman”

Maka kami pun meredah kegelapan berdua..sampai depan produkti, aiseyh tutup pukul 9pm pula. “Tak apalah, jom kita jalan depan sikit.Sana ada supermarket”..

Nak dijadikan cerita, izin Allah…

Perjalanan pun jadi jauh sedikit, maka by the time kami berjalan pulang jarum pendek jam sudah menjejak di angka 10. Gelap sedikit. Melalui lorong depan apartment, kami berdua berborak sakan. Suara saya lah paling kuat,jalan pula di tengah-tengah macam jalan bapak dia punya,hehe..

Tiba-tiba,sahibah saya bersuara… “awak,tepi sikit. Ada orang nak lalu..”

Secara automatik kepala saya terpusing ke belakang, dari ekor mata berupaya menangkap sosok 5 remaja lelaki belasan tahun sedang jalan sebaris menutupi seluruh lorong. Terus saya bergerak sedikit ke tepi memberi  ruang. Berdebar sedikit, gaya mereka semua serba hitam.. jalan pula macam nak masuk gelanggang berjumpa musuh.Mereka terus mendekati sehingga betul2 dibelakang saya. Adus,cepatlah lalu..

Tiba-tiba. Terasa seperti bahagian hadapan baju saya direntap oleh tangan seorang lelaki. Badan saya ditarik dan dirapatkan ke badannya..saya keliru.Muka tertunduk sahaja sebab blur.Kemudian terdengar sahabat saya menjerit2 “jangan ambil dia!~” (kenapa bahasa melayu?) sambil cubaan merampas saya dari lelaki tadi. Terus, perbuatan tersebut menimbulkan kemarahannya..dan kesemua mereka berlima bergilir2 menumbuk,flying kick,back kick,side kick,scissors kick.. 2gadis berhijab yang tak berupaya buat apa-apa. Kami dibelasahi sampai terjatuh, suara tangisan terdengar tapi -apa mereka kesah? Paling jelas di ingatan saya suaranya menyebut “eta di tvoya strana!”  (it’s not your country!)..

Semuanya berlaku dengan cepat sekali.

Sedar-sedar,mereka berlima meninggalkan kami di atas tanah selepas seorang makcik tua berjalan ke arah kami. Saya ingat kena pergi hospital dah waktu tu. Habis laa.. masuk berita lah ni, patah riuk la aku ni, mati dah ke aku ni?

Ehe..alhamdulillah,alhamdulillah..Allah masih mempertahankan kami. Saya sedikit pelik waktu tu sebabnya, badan saya tak rasa sakit pun. Tak faham..tadi macam semangat je diorang mencurahkan tenaga. Selepas mengumpul kekuatan, kami berdua bangun menuju ke rumah..(lagi beberapa langkah sahaja ke depan pintu rumah). Kedua-dua terdiam tanpa kata. Naik ke atas, tanpa bertegur dengan housemates terus berdua masuk ke bilik air.. meraung! Oh, bukan sebab sakit, tetapi geram yang teramat sangat sebab kami dikalahkan tanpa diberi peluang mempertahankan diri! Al-maklumlah, kedua-dua pun ahli silat, jadi kekalahan tak masuk dalam kamus hidup kami (haha,padahal banyak kali je lebam dan patah jari akibat sparing)..

Selepas menangis, tahulah saya. ketika dibelasah tadi..sahabat saya telah memeluk saya.. dan disebabkan diri ini agak kecil sedikit berbanding diri beliau yang tinggi..maka kurang lebih sepakan mereka tak hinggap pun atas badan saya yang berada dalam dakapan sahabat. Subhanallah..mulianya hatimu teman. Kesian dia, esoknya ke kelas dengan mata lebam sebelah (pernah ke budak perempuan mata lebam sebelah,hehe) dan sakit2 badan.

Begitulah cerita yang berlaku tidak berapa lama yang lepas. Ia tidaklah signifikan mana, bukan juga memoir buruk dalam hidupku sebagai perantau, kerana yang lebih penting aku ingin ceritakan di sini.. adalah mawar yang telah tumbuh dalam hatiku sebagai pengubat segala kesusahahan selama 6 tahun aku di sana. Mawar, yang tumbuhnya menghidupkan dan mendamaikan seluruh perasaan sesiapa yang merindui Allah..

Terasa dekat segala-galanya dengan aku. Kini, aku di airport menunggu masa untuk meninggalkan tanah soviet yang pernah mencatat sejarah paling indah dalam kamus kehidupan seorang Aizadiha... ye teman.. kini aku bergelar doktor, perjalanan hidup kini diteruskan bukan lagi di negara orang, tapi di tempat sendiri.Hrm, it’s not your country..

Masih panas jeritan itu di gegendang telingaku..

Kalaulah boleh aku katakan pada mereka-ya ini memang bukan negaraku, bukan tanah tumpah darahku.. tapi ini tanah kepunyaan Tuhanku (dan Tuhanmu), sedangkan tempat ditumbuk lagi dikenang,apatah lagi tanah ditarbiyah!

Negara rusia ini sudah lama sedih ok! Kerana kamu semua meng-komuniskan ia, kamu merosakkan muka buminya.. dengan hutan jahiliyyah, dengan lautan arak, malah menganggu alam ini bertasbih kepada Ilah al-wahid ketika kamu bising menyanyikan dan menarikan lagu2 iblis.

Alhamdulillah,islam telah hadir.. Allah menghantar tentera2nya dari bumi yang kecil (yang kamu tidak tahu namanya) Malaysia untuk mengislahkan tanah ini dan mengizzahkan islam di sini. Alangkah indah perancangan Allah.. 6tahun lepas ketika aku memijak bumi rusia ini, ia masih gersang dan islam masih asing.

Kini..subhanallah.. ramainya wanita muslimah berhijab! Ramainya para duat bertahan kemas hatinya dan teguh langkahnya. Oleh itu,kamu..yang memukulku 3tahun lepas.. bersedialah menerima cahaya islam yang bakal menerangi seluruh bumi itu nanti. Janji Allah yang pasti..dan aku akan tetap menyayangi tanah itu sebagai rumah keduaku, tempat berteduhnya anak-anakku tercinta  yang dahaga ilmu dan tarbiyah..

Adik-adik yang dikasihi..pelapis dakwah..

Baru 9jam meninggalkan kalian tapi hati ini sudah terlalu rindu. Banyak kali aku melayarkan sms pada adik2 ku sehingga ada yang bertanya “kenapa ni kak?Asik rindu je”

Rindu fillah.. rindu lillah.. hebatnya kuasa Allah yang menyatukan hati kita kemudian Dia pisahkan kita begini. Gambar2 kalian diulang-ulang lihat, video kita diulang2 tayang.. kalaulah boleh selamanya memeluk kalian dengan erat, akan akak buat. Tapi itu bukan kehendak Allah. KehendakNya,kita kembali ke tempat asal kita yang menjadi medan sebenar tanggungjawab pengkhalifahan ini. Adik-adik harus kuat, agar kami juga semakin kuat mendapat hamasah kamu semua..

yaAllah,,rindunya..

bumi itu kini sedang basah.. oh,aku rindu bau hujan itu. Status fb seorang adik “Di kala mereka pergi maka datanglah hujan berserta petir dan guruh..menyejukkan hari2 yang panas sebelum ini..”.. subhanallah.. rupanya alam turut bertasbih dan basah sepertimana basahnya mata2 kita hari ini kerana cinta yang menerbitkan halawatul iman..p/s:jangan disia2kan air mata itu!

Teringat hari2 kita berusrah..di Qalam,di restoran-yakitoriya..kazan…kolibri.., picnic di mamaev,di tebing Volga, petang2 bermain rollerblade dan frisbee, berendam dalam sungai Volga yang sejuk…  sambil mentadabbur alam dan membasahkan ruh..sebagai bekalan perjalanan yang masih jauh.

Terasa sangat bertuah kerana Allah memberi peluang untuk berkenalan dengan kalian semua..adik2 ku yang disayangi sepenuh hati. Kalianlah dorongan,kalianlah inspirasi. Teruskanlah apa yang sudah dimulakan agar rantaian tarbiyah ini terus bersambung hingga generasi seterusnya…dan seterusnya.

Adik-adik,

Jagalah Iman,jagalah ukhuwwah..dakwah kita,dakwah kasih sayang. Lantaran itu akak sangat sayang dengan kamu semua..berhenti menangis, kerana pertemuan & perpisahan kerana Allah itu sumber kekuatan orang berjuang. Bacalah quran selalu,kerana setiap kali itu kalian akan dapat semangat baru untuk meneruskan dakwah..

Salam penuh cinta,rindu dan kasih


Post a Comment